Thursday, June 24, 2010

Ikan cencaru masak kicap(melayu style)



Dah lama tak masak kicap ikan style melayu punya.Cina puny masak kicap lain sikit.Ni ari tu masak rumah Olin.Puas hati, akhirnya dapat masak kicap betul-betul pedas.Kalau kat rumah , tak boleh masak pedas sangat, sebab laki aku tu kurang makan pedas.ken a pantau selalu.

Resepi cam biasa

1)1 biji bawang besar dihiris nipis-nipis
2)4 ulas bawang dihiris
3)halia 1 cm dihiris-hiris
4)kayu manis 3 batang(kalau ada bunga lawang letak 1 kuntum)
5) serbuk lada hitam 1 teaspoon
6)cili api 5 biji dibelah dua(kalau boleh korang x cili api puaka ni warna merah pedas gila.aku pun tak tahan ngan kepedasannya.anak aku tak cakap, aku boh jelah.Dah makan pitam dibuatnya.
7) kicap pekat 2 tbsp
8)Kicap kipas udang 5 tbsp
9)cili sauce 2 tbsp



Anak aku beli ikan cencaru besar ni 2 ekor.aku potong 3 ; garam kunyit dan goreng.






tumis kayu manis ngan bahan hirisan sampai naik bau. masukkan kicap ngan cili sos.Bila kuah dah mendidih , masukkan bawang besar.Last sekali, bolehlah letak ikan goreng tadi, serbuk lada hitam ngan secubit garam.





Ikan cencaru masak kicap.guna ikan kembung pun sodap.muahhhh muahhhh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina