Wednesday, June 2, 2010

Raisin Scone

Sebelum cerita pasal scone, aku nak beritahu korang, sebenarnya apa yang aku selalu tunjukkan kat dalam blog ni, aku belum pernah mengikuti apa-apa kursus.cuma yang aku suka try and error.Aku jugak tak percaya pada semua resepi kat mana buku atau majalah.cuma aku tiru bahan-bahan dia je.jumlah berat semua aku olah sendiri mengikut kesesuaian..Jadi aku tak nak korang sangka aku ni ada mengikuti kursus kat mana-mana.Satu je prinsip aku , tak de benda dalam dunia, yang kita tak boleh buat.Kat mana ada kemahuan, kat situ ada jalan.betul tak.berbalik cerita pasal scone. Scone selalunya dimakan waktu petang bersama teh oleh orang putih.Tapi scone pun boleh makan untuk breakfast, bukan untuk orang putih je.Selalu scone ni boleh didapati kat cafe dan hotel je.Patutnya kedai mamak pun kena jual scone jugak.kwang kwang kwang.Malam tadi aku buat raisin scone.Sebenarnya scone elok dibuat masa nak makan.Jadi dia fresh sikit.



1)Tepung gandum -400 grams
2)3 teaspoon -baking powder
3)1/2 teaspoon soda bicarbonate
4)100 grams -butter
5)90grams-gula
6)1/4- garam
7)250ml -whipping cream Atau sour cream
8)raisin-ikut suka
9)sedikit kulit lemon disagat




step pertama

1)masukkan dalam bowl tepung gandum, garam, gula, baking powder, dan soda gaul sebati.

step kedua

1) potong buter kecil- kecil
2) masukkan kedalam tepung tadi




Gaul perlahan-lahan sampai jadi macam diatas.Tolong jangan uli tepung tu.




Selepas dah jadi macam serbuk roti tepung tu, masukkan raisin ngan whipping cream.gaul sebati semua bahan.




Selepas tu bentukkan macam diatas, setebal 2 atau 3cm.letakkan adunan tu diatas tempat yang telah ditabur tepung.Terpulang kepada cara masing-masing, sama ada nak tekap dia ngan bentuk bulat atau buat cara cam aku, potong ngan pisau.




susun macam kat atas diatas dulang pembakar yang dah ditabur tepung gak.Simontel tu tengah mengacau.




Bakar pada suhu 200 darjah celcius dalam masa 25 minit.





scone yang dah siap dibakar. Seelok-eloknya dimakan terus.




Muka happy simontel dapat makan scone.Scone sedap dimakan bersam jem atau cream.Jem plihan aku, semestinya st dalfour perasa peach less sugar.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina