Pagi tadi buat breakfast pau goreng bersambal.Saja je nak layan, selalu buat pau yang kukus, sesekali buat pau goreng pulak.
Ingredients:
1)Tepung gandum-350 grams
2)garam-1/4 tsp
3)gula-1/2 tbsp
4)air-100ml
5)minyak-1 tbsp
6)yeast kering-8 grams dibancuh ngan air
Dalam bowl besar campurkan garam, gula ngan minyak.lepas tu masukkan yeast kering yang dah dibancuh ngan air.uli tepung sampai gebu geban.Yang kurus-kurus tu hati-hati sikit, jangan sampai tulang tangan terseliuh pulak.kwang kwang kwang.
Biarkan selama 30 minit.kalau boleh tutup ngan plastik.kalau dalam keadaan panas, doh lagi cepat naik.
Sambal ikan bilis memang dah sedia ada.resepi kemudian ye.muahhh muahhh
Lepas dibiarkan doh selama 30 minit tadi, bulat-bulatkan doh menjadi sama besar.Biarkan lagi selama 20 minit.
Panaskan minyak , dan goreng sehingga masak.api jangan terlalu besar.sentiasa balik-balikkan pau tadi semasa mengoreng.
Dah sejuk pau tadi, bolehlah dibelah dua dan letakkan sambal tadi ditengah-tengah bersama sekeping timun.Korang jangan tiru, ni selera laki aku, ikan bilis mesti penuh.
Dah siap bolehlah dihidang kat seisi keluarga.sesuai dibuat minum petang gak.
KORANG SUKA PAU KUKUS KE PAU GORENG?