Layan Gambar ye, laki aku snap masa pergi memancing hari sabtu dan minggu.Jangan marah guna handphone cap ayam je.belum ada kamera canggih cam kajol lagi.
Nampak batang joran tu....
Matahari dah nak terbenam....
tu kan......Ah seng seksi bak kata Adia cun.
Kawan laki aku Vernon dapat ikan jenahak.sukalah tu.........
Kawan Vernon dapat ikan apa, kurang pasti....
Ikan pari ni laki aku dapat.Aku stim , sebab dia fresh.jangan cuba stim ikan pari yang kat pasar tu, isi dia tak berapa manis, cam ikan baru.Pari yang laki aku dapat ni pari rimau.pari ada bermacam-macam jenis.kadang-kadang dapat yang isi liat , ada jugak yang berbau hancing.Pari daun pun ada jugak.Kalau arwah mak aku , dia suruh buang kulit pari tu, tapi aku tak suka buang, sebab aku suka makan kulit dia.kwang kwang.
Ikan stim ni cara basic je.
1)9 keping ikan pari ni potong nipis(kalau nak stim)
2)Halia 2 cm.hiris halus
3)Bawang merah 3 biji dibuang kulit dan pecahkan.
4) 3 sudu sos tiram
5) 1 sudu kicap pekat
6) 3 - 4 titik minyak bijan
7) 5 sudu sos stim
8) 2 sudu kicap cair(jangan letak banyak, nanti terlalu masin, sebab dah letak sos stim)
9)campak asam boi 2 biji
stim dalam masa 15 minit.sebelum stim , didihkan air dulu.
Kalau suka boleh campak cili api(aku tak letak, takut simontel tak boleh makan).
Kalau tak tahu sos ikan(gambar kat bawah)
simontel ni peberet dia makan ikan.dari baby sampai besar.ayam, dia kurang minat sikit.Bagi ibu pregnant cam purple cute ngan Adia cun, sila banyakkan makan ikan .elok untuk baby dalam perut tau.ikan ada khasiat protein yang baik.
Habiskan simontel tu bedal.laki aku makan satu keping je, aku makan 2 keping.
Ingat piza hut je ada raja ikan.simontel ni pun Raja Ikan tau....kwang kwang kwang
to be continued...........