Showing posts with label juadah sahur. Show all posts
Showing posts with label juadah sahur. Show all posts

Saturday, July 21, 2012

cerita santai sebelum dan selepas hari pertama Ramadhan 2012

 Salam Ramadhan...................

Waktu -waktu macam ni dalam  bulan Ramadhan  InsyaAllah ada  sedikit masa untuk aku bersantai  melayari internet . Kain baju tak basuh lagi, rumah berkepah lampau ada hati nak santai. *sila abaikan perkataan turun temurun tu* . la la la sunyi sepi rumah ni   3 orang tu tengah duk berlengkau tidur mana taknya   dekat nak waktu sahur baru  masing-masing sebok nak melelapkan mata.

Aku dah terbiasa dari arwah mak aku masih ada sampilah sekarang ni InsyaAllah aku akan bangun memasak  untuk bersahur. Entah kenapa aku  ngan anak macam tak berapa selera bersahur dengan makanan yang diperhangatkan. Family aku ni bukannya memilih makanan untuk bersahur  makanan simple lagi dorang suka  cuma kalau boleh biarlah makanan tu yang baru dimasak . Menu bersahur yang menjadi kegemaran family aku selalunya makanan  yang bergoreng dan bercili yang penting atas meja tu mesti ada sayur.*mereka sepi tanpa sayur*

Cerita pasal berbuka puasa ; Aku jarang masak makanan untuk berbuka pada hari-hari bekerja kalau masak pun pada hujung minggu . Selalunya makanan untuk  berbuka puasa aku dan anak-anak akan beli je kat bazar bazar ramadhan yang ujud bagai cendawan tumbuh selepas hujan *cis apa kaitannya cendawan ngan bazar ramadhan*

Syukur Alhhamdulillah malam tadi orang melbourne pulang kepangkuan family untuk bersahur  untuk bersahur bersama-sama la la la sukanya Firdaus...*hajat hati nak berhijrah ke australia*. Yuyi sampai je rumah kami buat  rombongan cik kiah ke  pasar malam berdekatan rumah untuk membeli juadah makan malam dan membeli sedikit bahan untuk memasak makanan bersahur.
Kat pasar malam ni  hanya Yong tau fu yang dijual oleh abang  tu  je  menjadi feveret  yuyi *abaikan budak rongak yang sedang bahgia diulit akak dan abang*
 Yong tau fu punya pasal sanggup terbang  17 ringgit duit malaysia 
 nasi lemak opah terbaek ; yuyi  tengah menapau juadah makan malam.
 Firdaus asyik dengan  tonkengs ayam gorengnya   

Syukur Alhamdulillah ini je makanan   yang  aku ngan yuyi dapat sediakan untuk bersahur.
 cekidaut resepi kat belah kanan ye*bajet cam orang hadap sangat ngan respi aku*
1)lauk tradisi kami untuk bersahur-sardin goreng
2)sedikit ikan masin
3)telur dadar
4)kangkung goreng ikan masin

air  panas wajib  janji O
 Sila abaikan muka firdaus yang monyok tu, monyok tak momyok waktu sahur semua kena sahur dalam kemonyokkan tu habis gak sepinggan nasi.ko mampu. the moral of the story saper suruh tidur pukul 3 pagi.Gula-gula hacks kemain ceria , dia tak ingat masa kecik dulu waktu-waktu  bersahur muka dia sama monyok ngan Firdaus.
Firdaus tengah bermuhasabah diri.la la la 



Sekadar luahan hati


Kat luar sana hujan turun mencurah-curah  ngan lebatnya  Alhamdulillah  tercapai hajat  hati Firdaus nak berpuasa dalam keadaan sejuk .la la la 

Tuesday, August 16, 2011

peristiwa disubuh hari -bukan siri bercakap ngan jin.

Salam ramadhan ..................

Subuh hari tu, masa aku tengah sibuk masak kat dapur , nampak firdaus bukak tudung saji , tutup balik, lepas tu buat muncung sedepa. Masa tu dalam tudung saji memang tak de makanan. Dia datang ngendeng kat aku plak. Aku tanya "kenapa ngan ko"? Dengan muka sedih yang amat "laparlah mak".

Geram padan ngan muka dia , tidur lambat semenjak dua menjak ni, 1 pagi baru nak tidur , bangun cepat, lepas tu petang tertidur depan tv sampai kat subuh.Mana tak lapar? Saja je aku buat dia geram, kalau nak cepat makan tolong siang sayur. Amboi laju dia pisahkan kailan dari batang.



Muka cian sambil siang kailan.



cuci kailan dan tuskan.



ikan masin jeruk tenggiri potong isi.



3 ulas bawang putih dihiris.



Tumis bahan hirisan ngan ikan masin sampai naik bau dan kekuningan. Kemudian buh sayur , kacau sebentar hingga batang kailan lembut. Jangan buh garam, kalau suka buh sikit air.



jeng jeng kailan goreng ikan masin lagi.



Cam syok plak nengok ikan selar goreng ni. Budak montel tuk ulang dua tiga kali nengok aku goreng ikan. almaklumlah dah kelaparan.



Resepi ikan kicap melayu boleh ambik kat sini ngan sini. Kalau cina punya style ikan goreng kicap lain sikit, dorang guna kicap pekat , hirisan bawang putih ngan sedikit cili api.



Lega Firdaus dapat makan lepas jenuh menunggu.


Sekarang kalau ada makanan yang dah basi aku kena keluarkan dari tudung saji cepat-cepat takut firdaus rembat. Budak-budak mana dia tahukan. Sekarang ni dia suka tengok cite sampai tengah malam, kalau perut lapau ada je makanan dia ambik dalam tudung saji .Hari tu aku tekejut , kat atas meja ada 2 ketul ikan dah tinggal tulang. Sapa lagi kalau bukan keja firdaus.


Jangan marah ye dah masuk tengahari ni aku tepek gambar makanan lagi, bagus tau boleh kita belajar bersabar lebih sikit.kah kha kah



Kaduk naik junjung

Salam Ramadhan..............

Maaflah tajuk cam tak kena ngan cite ni, tapi tak pelah aku teringin nak makan daun kaduk, dulu masa sekolah hari-hari lalu kat belakang dewan hamzah kelang , menimbun daun kaduk, sekarang ni apa pun dah tak de kat situ, yang ada jalan bertar.

Hari ni nak cite pendek je ye, sebab mata cam ngantuk sebab masih trauma pegi Jepun pagi tadi . Cam tulah gayanya kalau dah bangun gatal-gatal nak tidur jap, alamat terbabas .

Bangun kul 4.30 pagi masak bagai , kul 6.35 pagi rancang nak mandi ngan bersiap, tak jadi plak tengok firdaus tidur aku menepek kat sebelah dia, dapat ko terbabas sampai kul 7.18. Apa lagi kelam kabut capai hp call kak limah suruh tunggu kalau aku terlambat.

Mood belum sampai lagi kita cite sempoi -sempoi ye, pasal nasi goreng sahur semalam.


Nasi goreng kampung berkacang panjang.



Kacang panjang dalam secekak potong 1/2 cm.



6 tangkai cili kering kisar kering bersama 4 ulas bawang merah + 3 ulas bawang putih. Ikan bilis segengam kisar.

Tumis cili kisar sampai pecah minyak , kemudian masukkan ikan bilis kisar.Perlahankan api masa menumis. Pecah kan sebiji telur, kacau sampai garing,kemudian masukkan kacang panjang tadi. Biar kacang panjang sedikit empuk kemudian masukkan nasi yang dah digaul ngan sedikit garam. Kacau sampai nasi ngan bahan tumisan sebati, kalau suka boleh letak secubit kecik perasa.



Jeng jeng nasi goreng kampung berkacang panjang-sesuka hati je aku buh nama.



Ikan kembung goreng ni perap garam ngan rempah kari , gaul ngan tepung jagung, lepas tu goreng.Makan bersama nasi goreng kampung berkacang panjang.


Sebelum berundur aku nak bagi nasihat sikit pada yang berminat nak mencampur sayur dalam masakan tu, kalau boleh biarlah yang logik dan serasi, jangan jadi kat SINI.Sapa susah , kucing gak yang susah.kwang kwang kwang .


Aku suka sangat ngan pepatah kaduk naik junjung. Baru aku tahu kenapa ngan pepatah tu, daun kaduk ni tumbuh menjalar, kalau ada yang baik hati buat junjung tuk dia , itu yang dia berlagak tu. Serius aku tak pernah lagi makan daun kaduk. Sedap ke?

Monday, August 15, 2011

Inez-ratu siput

Salam ramadhan ......................

Tajuk nak cilok traffic blog ratu .boleh gitu.

Apa yang tak kena pun tak tahu dari tadi , mata ni duk tersenggut-senggut, penyapu ke mana, sampah ke mana. Nak kata malam tadi lambat tidur tak jugak, rasanya ni bahana tidur cepat kot.

Jomlah ngantuk -ngantuk sambil update blog. Nak taip 5 atau 6 patah perkataan pun susah gara mata tersenggut -senggut. menjajau jari.

Tetiba plak ada roti steam yang disteam dalam microwave,ni rumah yuyi kalau kat  rumah aku guna pengukus.



sapu majerin naturei  ngan jem starwberry kemudian buh dalam bekas microwave.kalau sapu butter ngan kaya pun sodap.



steam selama 1-2 minit.yummy yummy sedap.Makan ketika panas, kalau dah sejuk cam keras sikit. Tak kisah nanti boleh steam balik.

jom layan bedak inez yang ratu bagi hari tu. Aku paksa yuyi  pakai bedak tu sebab nak tunjuk ngan ratu. Dah pakai , Yuyi cakap "boleh tahan gak bedak tu melekat".Bab make up dia memang dah pandai.  Akak tak boleh expose, segann ahhhh.Yuyi bolehlah bab bergaya hanya dihujung jari...............









Ambik gambar kat depan cahaya matahari ,tu yang terang benderang tu. Akak puas hati sangat ratu ngan bedak tu.Terima kasih. Yuyi tanya beli kat mana bedak tu?


Jumpa lagi dilain rancangan, rasa nak membuta tapi time keja, mata dari tadi nak lelap je.............

Tuesday, August 9, 2011

Jalan jalan cuci mata

Salam Ramadhan..................

Dari tadi mata ni nak lelap je. jom sembang-sembang sambil cuci mata. Tak bolehkan satu hari tak terkinja-kinja nak tepek lauk kat sini. Macamlah aku masak rusa atau kijangkan.Apa pun I LOVE SARDIN.boleh gitu.

Tetibakan subuh tadi nak goreng sardin. Tak pedulik goreng sardin pun nak tepek gak .Botan, Ayam , King cup, Marina 3 jenis tu yang selalu aku beli.Paling best ayamlah, tapi mahal sikit. Kalau ekonomi meruncing, botan ngan king cup jadi pilihan.




Kalau subuh layan goreng sardin cam ni sedap gak.

1) Ambik sardin Botan , bukak , tuang dalam mangkuk, asingkan kuah, goreng ikan sardin tu.
2)4 ulas bawang merah + 2 ulas bawang putih + 6 biji cili api + 3 biji cili merah besar kisar kering.
3) asam jawa sebesar ibu jari bancuh ngan sikit air. Kalau ibu jari halus buatlah besar dua ibu jari.Mana tahu kalau cam ibu jari aku besar.
4)bawang bombay-kuning sebijik hiris bulat.
Tumis bahan kisar hingga pecah minyak, kemudian buh air asam jawa , masak 10 minit, masukkan hirisan bawang besar ngan ikan sardin yang dah digoreng tadik. Perasakan ngan secubit garam, pak aji ngan 1/2 sudu teh gula, biar dalam kuali 2 minit lepas tu boleh angkat.



Jangan marah goreng sardin pun aku nak bagi resepi. Harus kena maki ngan orang yang dah mahir.



Subuh pun ada hati nak goreng bayam, yang laju aku makan cucur cicah sos cili.



Jangan marah lagi sekali wat sos cili buatan sendiri, tapi kali ni pekat skit.



Balance bancuhan semalam , sambung lagi.dapatlah 5 6 ketul wat kudapan sahur.



Saja tepek , bagi korang lebih bersemangat nak tunggu bukak puasa pukul 7.28 malam.



Tips ngetop

Kalau masak tu biar balance gula, garam , ngan asam terutama bila buat sambal , kuah asam tumis atau kari .Buat sambal jangan timbul rasa manis walaupun kita bubuh gula.

Monday, August 8, 2011

Kuali

Salam Ramadhan

Segmen kedua selepas samperit Dahlia kak liza, cerita subuh tadi tetiba teringin nak makan cucur bawang ngan taugeh. Selalunya buh daun kucai , memandangkan tak de, apa yang ada jelah. Sebelum taugeh layu di persada esbok , baiklah jadi cucur, tak gitu.

Semenjak dua menjak ni aku asyik cite pasal makanan je, mahu ada yang terbako. Apa taknya bulan puasa , duk aku tepek gambar cam ni buat orang puasa meleleh je.

Jom layan lauk pauk ala kadar subuh tadi



kari ayam simple resepi sila langgan kat sini atau dial 1 300 200 500.



Goreng kacang buncis buh hati ngan pedal ayam. Sayang nak buang hati ngan pedal tu dapat masa beli ayam sekor. Kenapa plak aku nak explain ye, dah memang hati ngan mempedal ayam haruslah ayam yang punya. Kat rumah ni memang tak dapatlah nak masak hati atau pedal semata, memang tak de yang layan. Kalau dah duk dalam kacang buncis tu, nak tak nak dorang ambik gak.

Jom layan cucur bawang/taugeh



Kat dalam rumah ni, dorang tak berapa minat makan cucur cicah sos cili buatan Malaysia, dorang suka buatan cik ina.boleh gitu? resepi kat sini ye. Terpulang ye, kalau nak pekat kisar cili kering lebih sikit.



Cucur bawang/taugeh , resepi kat sini ye. Resepi lebih kurang sama, bezanya ni buh taugeh.

Kalau kita mengunakan tepung gandum sebagai asas membuat makanan, rehatkan doh & bancuhan tepung gandum lebih kurang 30 minit , supaya glutennya dapat serasi bersama serta bergaul mesra , selepas tu barulah dapat hasil yang cantik, cam pasangan suami isteri gak, sebelum kahwin bercinta/bertunang nak cari keserasian bersama. Ilmu tepung gandum ni haruslah aku paham sebab.....jeng jeng aku penyapu sampah dikilang tepung.



Harus goreng garing, sedap.




Abaikan cili tak tak larat nak kisar lumat tu.

Nak rasa lebih mantop, guntingkan cucur tu buh dalam pinggan, curah sos cili kemudian makan ketika panas. Aku makan ulang 2 kali, nasi ngan lauk tu akhirnya di abaikan. Simpan tuk buka nanti.


Cukup sampai di sini, tetiba je tekak teringat cucur pagi tadi.

Friday, August 5, 2011

wok with yan

Salam Ramadhan...........

Pejam celik pejam celik dah 5 hari umat islam berpuasa.Maaflah ye tiru ayat semalam. Tajuk hari ni masih kearah nak up traffic, boleh gitu. Perasaan cemburu ngan tajuk ketuk -ketuk ramadhan ( sinonim ngan sheila rusly ) entry seorang blogger , aku pun nak gak up satu tajuk yang agak femes  seantero dunia hari ni. Mana mahu kalah, tak gitu cik betty .

Nama je Wok with yan, masakan tetap melayu. Sahur tadi goreng mee basah. Kat rumah ni nasi bukan menu wajib tuk berbuka atau sahur.Jadi mengorenglah kita subuh tadi.ketang ketung ketang ketung , biasalah kalau masak tak ketuk kuali sampai bocor memang tak sah.




Sebungkus mee kuning ye murid-murid tuk bersahur. Kalau dah 2 bungkus mahu sambung makan lagi lepas subuh. Mee tu basuh dulu dan tuskan , jangan sental plak, kalau sental mahu putus 10 mee tu.



Ayam bahagian dada bukan mendada ye sekeping, sebelum hiris haruslah dibasuh berseh.



Hasil hirisan sekeping dada.



Kalau rasa lapar jangan cuba nak pandang.

cara-caranya...

Cili mesin (6 tangkai cili kering kisar ngan 4 ulas bawang merah dan 5 ulas bawang putih). Sawi secekak, ngan taugeh 30 sen sebagai aksesori, bersehkan , basuh dan tuskan. Tumis cili mesin sampai pecah minyak(wajib),selepas tu  masukkan hirisan dada ayam tadi , kacau  sebentar kemudian masukkan sawi, diikuti ngan mee kuning . Bubuh kicap kipas udang , terpulang sapa suka mee goreng kaler hitam buh lebih sikit kicap. Tak payah buh garam, sebab mee kuning memang dah masin.Kacau dan terus kacau jangan putuskan plak mee tu, last sekali buh taugeh, kacau sekejap kemudian angkat.

Angin apa tersampuk kat aku malam tadi pun tak tahu, boleh plak sambil wat cheese tart membako kek pisang. Terima kasih ratu bagi semangat kat akak,harus malam tadi gigih membako cheese tart.

Jom layan.



Kalau boss nampak mesti bengang pekerja dia guna Tepung bunga cempaka, habis tu tak jumpa cap sauh ngan kunci, aku tibai je yang mana ada.



Pisang berangan-angan sedap dimakan cam tu je. Sapa nak pisang free sila pegi masjid. syyy nak tanya korang sikit boleh? buah lain tak boleh hantar ke masjid ke? contoh anggur, epal atau durian? tanya je tau jangan marah.



Abaikan permukaan kek pisang cam kawah gunug berapi.

Resepinya
1)150gm tepung gandum
2)150gm majerin/butter
3)150 gm gula castor
4)1 tsp baking powder
5)2 butir telur
6)3 biji pisang berangan - suka hati korang nak ramas atau lenyek .
7)sedikit essen pisang

Cara membuatnya

Putar majerin ngan gula castor hingga kembang, masukkan telur sedikit demi sedikit, kemudian putar lagi.Seterusnya satukan tepung gandum ngan baking powder.Selepas itu masukkan ke dalam adunan berselang seli ngan pisang yang dah dilecek. Kaup dan balikkan ngan senduk.Akhir sekali masukkan sedikit esen pisang, Gaul sebati. Lengserkan tin pembakar .Bakar selama 30-40 minit.


Okeylah cukup sampai di sini je......... Boss dah pandang pandang jeling jeling, toilet belum cuci lagi............

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina