Showing posts with label kek pisang. Show all posts
Showing posts with label kek pisang. Show all posts

Thursday, October 4, 2012

Projek mengmuffin mengcake pisang terbengkalai


Abaikan BM  aku yang hampeh tu frust aku segala projek pisang aku terbengkalai. Selepas berbual ngan wati kawan opis aku perihal dia yang teringin nak buat puding jagung aku plak tumpang menyibuk dan beria-ia malam tadi  nak buat muffin pisang ngan kek pisang tapi nak buat macam mana last last  pisang emas ngan acuan muffin duk tergolek-golek di tepian.

 Doakan  malam ni projek aku nak mengmuffin pisang toping cream cheese   terlaksana ye. Janganlah penyakit malas hinggap kat aku malam ni
 
 Pisang  emas aku beli kat  pasar malam, kononnya malam tadi  nak buat muffin .
Petang semalam balik keja aku singgah billion, kat sana aku jumpa acuan muffin dari aluminium foil aku beli  kononnya malam tadi nak  buat muffin guna bekas ni, last last  pagi tadi aku simpan dalam lemari.ha ha ha



Okey bye bye ta ti tu

Monday, October 31, 2011

Goyang gerudi Inul, kek pisang, rojak, rojak

Salam hari senin.....................


Jumpa sekali lagi, jangan jemu ye. Tadi ,aku tergelak sorang-sorang,  baca cite siFazz  pasal hubby dia lempau botol jamu yang dia minum, gara-gara jamu tu buat  dia tak sedap perut.

Mula lah aku teringat sewaktu waktu dulu, sewaktu petang lepas balik dari ofis , aku ngan kawan ditumpangkan tuan haji (rakan sekerja), masa dalam kereta aku nengok tuan haji duk ralit melayan cd inul tengah berdangdut, aku duk kat belakang, nampak terang-terangan dia melayan sambil bersiul -siul girang.kui kui kui

Tanpa membuang masa sampai je pekan , aku ajak kawan gi cari cd inul tu.Apa lagi projek time suami aku tak de, aku ajak yuyi nengok cd inul. Habis tu dah riang ria di hari raya terlupa nak keluarkan cd. Time suami aku nak nengok cd pancing, dia ternampaklah cd tu, lutut aku dah ketak,dia pandang aku, hambek ko sampai ketengah rumah dilempaunya cd tu. Aku ngan yuyi bantai gelak , gigih boleh kutip cd tu lagi.

Suami aku memang pemantang sikit dangdut dangdut ni, dia pun pelik kenapa aku boleh beli cd tu.Habis tu aku nengok tuan haji duk ralit, teringin gak aku nengoknya.Habis masa tu ketiak inul basah time berdangdut.

Dangdut dah habis ye, gi masak...................




Subuh tadi wat kek pisang buh pisang abu-sila percaya, main bantai janji ada pisang dah namanya kek pisang ,ye dak. Jangan korang bantai pisang kari udah.kui kui kui



tedap tau kek pisang ni.

Resepinya
1)150gm tepung naik sendiri
2)150gm butter
3)120 gm gula castor
4)2 butir telur
5)3 biji pisang berangan - suka hati korang nak ramas atau lenyek .
6)sedikit essen pisang

Cara membuatnya

Putar majerin ngan gula castor hingga kembang, masukkan telur sedikit demi sedikit, kemudian putar lagi. Selepas itu masukkan tepung naik sendiri ke dalam adunan berselang seli ngan pisang yang dah dilecek. Kaup dan balikkan ngan senduk.Akhir sekali masukkan sedikit esen pisang, Gaul sebati. Lengserkan tin pembakar .Bakar selama 30-40 minit suhu 180 darjah celcius.

Lauk semalam, masak simple je, nak keluarkan ikan kerapu yang beku tu malas, petang ni kot baru nak masak, pagi tadi aku dah stand by turunkan ikan ke peti ais belah bawah.



Boleh, sawi hongkong plus kobis, kalau nak mencampur tolak kena ikut kesesuaian gak.
Simple je, sayur disiang basuh dan tuskan. Tumis 6 biji hirisan bawang putih, biar sampai layu dan naik bau, kecikkan api, masukkan sos tiram, last sekali masukkan kedua sayur tu , kacau kaup balik, sebelum angkat jangan lupa buh sedikit air. Tak perlu buh garam sebab sos tiram dah cukup masin.



part ni aku malas nak tepek resepi, dah dekat 5 kali aku tepek, korang ambik je resepi kat sini ye.



Budak yang bahagia dapat makan nasi..........




Lepas makan dia mengacau aku yang sedang melayan blog. Aku tergelak sampai pecah perut , ada ke dia suruh aku call nombor yang kat atas tu, katanya nombot tuhan. Jangan ada yang berani nak ambik nombor tu ye, buat beli nombor. Aku babab kang.



Selamat menjamu selera ye.

Friday, August 5, 2011

wok with yan

Salam Ramadhan...........

Pejam celik pejam celik dah 5 hari umat islam berpuasa.Maaflah ye tiru ayat semalam. Tajuk hari ni masih kearah nak up traffic, boleh gitu. Perasaan cemburu ngan tajuk ketuk -ketuk ramadhan ( sinonim ngan sheila rusly ) entry seorang blogger , aku pun nak gak up satu tajuk yang agak femes  seantero dunia hari ni. Mana mahu kalah, tak gitu cik betty .

Nama je Wok with yan, masakan tetap melayu. Sahur tadi goreng mee basah. Kat rumah ni nasi bukan menu wajib tuk berbuka atau sahur.Jadi mengorenglah kita subuh tadi.ketang ketung ketang ketung , biasalah kalau masak tak ketuk kuali sampai bocor memang tak sah.




Sebungkus mee kuning ye murid-murid tuk bersahur. Kalau dah 2 bungkus mahu sambung makan lagi lepas subuh. Mee tu basuh dulu dan tuskan , jangan sental plak, kalau sental mahu putus 10 mee tu.



Ayam bahagian dada bukan mendada ye sekeping, sebelum hiris haruslah dibasuh berseh.



Hasil hirisan sekeping dada.



Kalau rasa lapar jangan cuba nak pandang.

cara-caranya...

Cili mesin (6 tangkai cili kering kisar ngan 4 ulas bawang merah dan 5 ulas bawang putih). Sawi secekak, ngan taugeh 30 sen sebagai aksesori, bersehkan , basuh dan tuskan. Tumis cili mesin sampai pecah minyak(wajib),selepas tu  masukkan hirisan dada ayam tadi , kacau  sebentar kemudian masukkan sawi, diikuti ngan mee kuning . Bubuh kicap kipas udang , terpulang sapa suka mee goreng kaler hitam buh lebih sikit kicap. Tak payah buh garam, sebab mee kuning memang dah masin.Kacau dan terus kacau jangan putuskan plak mee tu, last sekali buh taugeh, kacau sekejap kemudian angkat.

Angin apa tersampuk kat aku malam tadi pun tak tahu, boleh plak sambil wat cheese tart membako kek pisang. Terima kasih ratu bagi semangat kat akak,harus malam tadi gigih membako cheese tart.

Jom layan.



Kalau boss nampak mesti bengang pekerja dia guna Tepung bunga cempaka, habis tu tak jumpa cap sauh ngan kunci, aku tibai je yang mana ada.



Pisang berangan-angan sedap dimakan cam tu je. Sapa nak pisang free sila pegi masjid. syyy nak tanya korang sikit boleh? buah lain tak boleh hantar ke masjid ke? contoh anggur, epal atau durian? tanya je tau jangan marah.



Abaikan permukaan kek pisang cam kawah gunug berapi.

Resepinya
1)150gm tepung gandum
2)150gm majerin/butter
3)150 gm gula castor
4)1 tsp baking powder
5)2 butir telur
6)3 biji pisang berangan - suka hati korang nak ramas atau lenyek .
7)sedikit essen pisang

Cara membuatnya

Putar majerin ngan gula castor hingga kembang, masukkan telur sedikit demi sedikit, kemudian putar lagi.Seterusnya satukan tepung gandum ngan baking powder.Selepas itu masukkan ke dalam adunan berselang seli ngan pisang yang dah dilecek. Kaup dan balikkan ngan senduk.Akhir sekali masukkan sedikit esen pisang, Gaul sebati. Lengserkan tin pembakar .Bakar selama 30-40 minit.


Okeylah cukup sampai di sini je......... Boss dah pandang pandang jeling jeling, toilet belum cuci lagi............

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina