Waktu -waktu macam ni dalam bulan Ramadhan InsyaAllah ada sedikit masa untuk aku bersantai melayari internet . Kain baju tak basuh lagi, rumah berkepah lampau ada hati nak santai. *sila abaikan perkataan turun temurun tu* . la la la sunyi sepi rumah ni 3 orang tu tengah duk berlengkau tidur mana taknya dekat nak waktu sahur baru masing-masing sebok nak melelapkan mata.
Aku dah terbiasa dari arwah mak aku masih ada sampilah sekarang ni InsyaAllah aku akan bangun memasak untuk bersahur. Entah kenapa aku ngan anak macam tak berapa selera bersahur dengan makanan yang diperhangatkan. Family aku ni bukannya memilih makanan untuk bersahur makanan simple lagi dorang suka cuma kalau boleh biarlah makanan tu yang baru dimasak . Menu bersahur yang menjadi kegemaran family aku selalunya makanan yang bergoreng dan bercili yang penting atas meja tu mesti ada sayur.*mereka sepi tanpa sayur*
Cerita pasal berbuka puasa ; Aku jarang masak makanan untuk berbuka pada hari-hari bekerja kalau masak pun pada hujung minggu . Selalunya makanan untuk berbuka puasa aku dan anak-anak akan beli je kat bazar bazar ramadhan yang ujud bagai cendawan tumbuh selepas hujan *cis apa kaitannya cendawan ngan bazar ramadhan*
Syukur Alhhamdulillah malam tadi orang melbourne pulang kepangkuan family untuk bersahur untuk bersahur bersama-sama la la la sukanya Firdaus...*hajat hati nak berhijrah ke australia*. Yuyi sampai je rumah kami buat rombongan cik kiah ke pasar malam berdekatan rumah untuk membeli juadah makan malam dan membeli sedikit bahan untuk memasak makanan bersahur.
Kat pasar malam ni hanya Yong tau fu yang dijual oleh abang tu je menjadi feveret yuyi *abaikan budak rongak yang sedang bahgia diulit akak dan abang*
Yong tau fu punya pasal sanggup terbang 17 ringgit duit malaysia
nasi lemak opah terbaek ; yuyi tengah menapau juadah makan malam.
Firdaus asyik dengan tonkengs ayam gorengnya
Syukur Alhamdulillah ini je makanan yang aku ngan yuyi dapat sediakan untuk bersahur.
cekidaut resepi kat belah kanan ye*bajet cam orang hadap sangat ngan respi aku*1)lauk tradisi kami untuk bersahur-sardin goreng
2)sedikit ikan masin
3)telur dadar
4)kangkung goreng ikan masin
air panas wajib janji O
Sila abaikan muka firdaus yang monyok tu, monyok tak momyok waktu sahur semua kena sahur dalam kemonyokkan tu habis gak sepinggan nasi.ko mampu. the moral of the story saper suruh tidur pukul 3 pagi.Gula-gula hacks kemain ceria , dia tak ingat masa kecik dulu waktu-waktu bersahur muka dia sama monyok ngan Firdaus.
Firdaus tengah bermuhasabah diri.la la la
Sekadar luahan hati
Kat luar sana hujan turun mencurah-curah ngan lebatnya Alhamdulillah tercapai hajat hati Firdaus nak berpuasa dalam keadaan sejuk .la la la