Tuesday, July 24, 2012

Juadah bersahur untuk golongan marhaen-Sila percaya



Syukur ke hadrat Allah SWT atas rezeki kurniannya ini......

Salam Ramadhan...........

Mulai hari ni rutin harian aku dah berubah, apapun selepas ni aku akan  semakin sibuk nak menguruskan beberapa kerja arghhh malas aku nak fikir semua tu.Kenapa aku nak kisah semua tu sebelum ni pun aku dah biasa ngan rutin harian tu. . Dengan persetujuan bersama  kami terpaksa melepaskan di pergi  rumah seseorang tu.Saper yang tak sedih kami harus redho biarpun berat rasanya melepaskan dia pergi  ke rumah seseorang tu (arghh geram)

Ya aku terlalu sibuk sehingga aku terlupa nak beli minyak masak. Subuh tadi sebelum nak memasak aku kena melakukan  aktiviti menonggang & menepuk   botol minyak  ke dalam kuali nasib baik jumpa sikit minyak .Dengan minyak yang sedikit tu dapatlah aku buat roti telur bermayonis dan bersos cili  untuk dijadikan makanan bersahur*abaikan nama roti yang agak panjang lebar tu*

Petang ni aku ingatkan  nak singgah pasar Ramadhan kat sini  haishh  aku terlupa plak  yang tak de orang nak bawa aku ke sana. Entah kenapalah  asal je bulan Ramadhan tekak ni mula mengidam nasi tomato ngan ayam masak merah monica lawensky, haishhh sedapnya.Tak pelah tak dapat pegi sana aku pegi kat area kawasan rumah aku je. Seperti bulan puasa tahun tahun sebelumnya aktiviti membeli makanan untuk berbuka  kat  pasar ramadhan  merupakan  aktiviti wajib  aku masa hari bekerja . 

Sekian saje Petang ni marilah kita beramai-ramai pergi ke  pasar Ramadhan , InsyaAllah masa sahur nanti baru mood memasak aku sampei jangan tak sampei.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina