Kita ketepikan cerita pasal juadah berbuka atau bersahur buat sementara waktu ye.
Sekali lagi aku tepek gambar besar semata-mata nak mengambarkan betapa gempaknya funfair kat perkarangan pasaraya Giant ni. Kegempakannya bagaikan kita berada di kota keriangan Genting Highland tapi bawah sikit dari Genting Highland.la la la la .Harga token RM2 untuk satu token harga adalah bersesuaian dan mampu dimilik oleh semua golongan terutama golongan marhaen seperti keluarga kami.
huk huk huk kenapa funfair sekarang tak de konsert cam funfair zaman aku dulu-dulu.Ni mesti retis sekarang tak moh nyanyi kat tapak funfair tak pun funfair sekarang tak berapa mendapat sambutan daripada orang ramai cam funfair zaman dulu-dulu . Apa-apa pun janji Firdaus happy malam tu, al-maklumlah ni pertama kali aku bawak dia pergi funfair.
Memang tak dapat nak digambarkan perasaan Firdaus masa tu. Suka, excited, takut, gabra bergabung menjadi satu perasaan yang tidak menentu.Tak caya tengok sendiri reaksi muka dia di bawah.
Diperkarangan pasaraya Giant
merry go around.la la la
Abang yang sentiasa prihatin dengan keselamatan adik, ialah tu.
wah otoromen,fire
adik yang cuak sedang dirantai oleh akak
Abaikan muka cuak tu.
Sebelum naik benda alah tu happy lepas tu trauma sumpah tak moh naik lagi.padan muka saper suruh naik.
Seronok tengok dorang main langar-langar kereta cam ni.Aku paling cian ngan yuyi asyik kena langgar je.
muka cuak yuyi
Abang memantau pergerakan adik
Muka gabra semacam aku tak tahu apa yang dia tengah fikirkan.
Gabra tapi masih boleh angkat tangan lagi tu
Firdaus dah macam maharaja meronda kawasan jajahan.
Maharaja yang sedang dalam dilema dengan puteri raja hang li po.la la la
Myanmar yang sedang memakan gaji buta
"Mak, semenjak gigi aku dah cantik baru aku berkeyakinan nak tersenyum lebar" katanya yuyi.
Jangan terlebih lama duk kat kawasan ni nanti tak terperasan duit kita hilang.la la la la
Dapatkan sekarang juge buku diskaun Giant sebelum kehabisan stok
Sesiapa yang tak dapat atau tak pernah atau mak marah kalau menjejakkan kaki ke kota keriangan Genting Highland silalah jejakkan kaki kat tapak funfair kat Giant ni dulu ye.
Saper yang tak tau kat mana tempat funfair ni sila rujuk alamat dibawah : )
Giant Hypermarket Klang (GHKG)Lot 83191 - 83192, Persiaran Batu Nilam Bandar Bukit Tinggi, Pandamaran 43000 Klang Selangor. Tel: 03-33235518 Fax: 03-33235817 |