Showing posts with label pasaraya giant Bukit Tinggi. Show all posts
Showing posts with label pasaraya giant Bukit Tinggi. Show all posts

Thursday, September 6, 2012

Hobi yang buat orang sentap

Sampai hati ko kak limah ko membiarkan aku ngan sipumpkin terkapai -kapai kelemasan sakit dilambung ombak kerinduan,pui pui pui lenkali  jangan harap wa nak ajak lu keluar lunch, lu baca je lah blog gua kalau lu mau ambik tau kat mana  wa lunch ngan sipumpkin.Ada wa kesah siibu ketam cuba nak mengajar anak ketam berjalan secara lurus

Berbalik pada agenda semalam  ; lepas pegi klinik  balik tu aku ajak  yuyi pegi Cosway kat  Giant Bukit Tinggi, aku nak beli washing net ,  washing net yang aku beli kat JJ tempoh hari dah terbarai. aku  cukup suka ngan washing net cosway tahan lasak, bermutu dan jaringnya agak halus kalau nak dibandingkan  ngan washing net jenama lain, tetiba je wa  berfikir cara  Marketing Executive  syarikat Cosway  mempromosi produk cosway.

Yuyi  tunggu  dalam kereta  sementara aku beli barang kat cosway ,mungkin boring tunggu lama dalam kereta dia keluar pegi   food court terserempak ngan aku yang sedang menapau chicken chop untuk  gula-gula hacks, lamb chop untuk suami  . Aku , yuyi dan firdaus dah kenyang ,  sebelum  gerak pegi giant  kitaorang dah perkena Western food kat D 'tavern.

Dah lumrah setiap kali  jejak kaki kat Giant ni  tak sah sekiranya Firdaus tak bermandi peluh bermain  dekat playground  berselahan food court ni. Memandangkan yuyi dah lalok semacam disebabkan tak cukup tidur  aku hold dulu permintaan Firdaus. Yuyi plak cian ngan adik kesayangan dia tu seboleh-boleh dia nak temankan adik dia bermain kat situ  paling kurang sejam. Bila diberi green light  Firdaus apa lagi umpama tak cukup tanah dia berlari. Sementara tunggu firdaus habis bermain , Yuyi  oder kueh teow goreng  untuk dimakan kat tempat yang disediakan  berhadapan ngan playground .

No hp budak baju biru tu 10000100 , dia tinggal kat rumah hotel katanya Firdaus.
Mata dah lalok tapi dalam hati ada taman ; nak  temankan aku pegi pasaraya dalam hal ni sapa yang jadi mangsa pompuan indon  goreng kueh teow tu juge jadik mangsa .Ada ke patut ? masa yuyi oder kueh teow goreng  kat sorang pompuan indon linkungan umur 20an  dia boleh cakap kat  indon tu yang kueh teow  kat situ  dah siap digoreng awal -awal bila orang nak oder barulah dipanaskan .Bising  indon tu menafikan cakap-cakap yuyi  mengenai  kueh teow goreng kat situ .Muka sentap dowh  indon tu dengar statement yuyi , lagi sentap bila dia ternampak yuyi ketawa terbahak-bahak.Aku konpiusan aku tanya yuyi  kenapa dia cakap camtu. Alasan yang yuyi bagi tak masuk akal langsung , ada ke patut dia saje kacau indon tu sebab dia tengah boring . .cis yuyi ni dah tak de keja lain. ni lah salah satu hobi dia  mengacau budak pompuan yang bawah umur.
Abaikan muka yuyi yang macam minah pit ,  nampak sangat dia menahan mata dari mengantuk
Makan kueh teow goreng bersama Each A Cup blueberry smothie, kalau tak silap aku.

Wa cukup marah bila wa dapat tau yang kak limah  menyilentkan  hpnya , kalau wa  berfikir cara ganster  dari tadi wa dah  pijak Kak limah sampai lunyai nasib baiklah wa berfikir cara seorang perempuan yang lemah lembut dan bersopan santun serta ada potensi untuk dipilih menjadi ustazah pilihan. 

Wednesday, September 5, 2012

Facebook Like us on : Each A cup Malaysia

First time wa kenal Each A Cup kat  Pasaraya Giant Bukit Tinggi wa terus jatuh hati melihat akan pelbagai minuman yang berbubble dan akan kebersihan outletnya.Wa memang peminat tegar minuman berbubble dari wa sekolah menengah hinggalah sekarang ni.
Jangan lupa like Each A Cup di facebook nak tunggu wa like memang tak delah nampaknya.
Anak wa cuba nak mempromosi  kad each a cup dari jauh  mungkin anak wa takut jadi bahan Zed Zaidi dalam twitter .Wa syak dalam hati.
Wa syak hati Zed Zaidi agak pilu bila wa cuba nak mempromosikan syarikat yang berhubung kait ngan Negara Singapura.
 Amatlah mengjengkelkan bila anak wa berkongsi baju ngan Fasha Sandha.

Model iklan minum minuman blueberry  Smoothie, omg lupa wa nak ambik gambar  minuman kalau  dorang bayar wa untuk iklan ni  pastilah wa ingat ye dak.ha ha ha


Untuk peminat Each a Cup area  Bukit  Tinggi sumpah ni bukan iklan berbayar

Giant Bukit Tinggi
Address:
Giant Hypermarket Klang, Lot 83191 & 83192, Persiaran Batu Nilam, Bandar Bukit Tinggi 1, Jalan Langat, 41200 Klang, Selangor.
Business Hours:
10.00am – 10.00pm (Daily) 

Tuesday, July 31, 2012

bawah sikit dari kota keriangan Genting Highland

 Salam Ramadhan...............

Kita ketepikan cerita pasal juadah berbuka atau bersahur buat sementara waktu ye.

Sekali lagi aku tepek gambar besar semata-mata nak mengambarkan  betapa gempaknya funfair kat perkarangan pasaraya Giant ni. Kegempakannya bagaikan kita berada  di kota keriangan Genting Highland tapi bawah sikit dari Genting Highland.la la la la  .Harga token   RM2 untuk satu token harga adalah bersesuaian dan   mampu dimilik oleh semua golongan terutama  golongan marhaen seperti keluarga kami.

huk huk huk kenapa funfair sekarang tak de konsert cam funfair zaman aku dulu-dulu.Ni mesti retis sekarang tak moh nyanyi kat tapak funfair tak pun funfair sekarang tak berapa mendapat sambutan daripada  orang ramai cam funfair zaman  dulu-dulu . Apa-apa pun janji Firdaus happy malam tu, al-maklumlah ni pertama kali aku bawak  dia pergi funfair.

Memang tak dapat nak digambarkan  perasaan Firdaus masa tu. Suka, excited, takut, gabra bergabung menjadi satu perasaan yang tidak menentu.Tak caya tengok sendiri reaksi muka dia di bawah.


Diperkarangan pasaraya Giant
merry go around.la la la 
Abang yang sentiasa prihatin dengan keselamatan adik, ialah tu.
wah otoromen,fire
adik yang cuak sedang dirantai oleh akak 
Abaikan muka cuak tu.
Sebelum naik benda alah tu happy lepas tu trauma sumpah tak moh naik lagi.padan muka saper suruh naik.
Seronok tengok dorang main langar-langar kereta cam ni.Aku paling cian ngan yuyi asyik kena langgar je.


muka cuak yuyi



Abang memantau pergerakan adik
Muka gabra semacam aku tak tahu apa yang dia  tengah fikirkan.
Gabra tapi masih boleh angkat tangan lagi tu
Firdaus dah macam maharaja meronda kawasan jajahan.
Maharaja yang sedang dalam dilema dengan puteri raja hang li po.la la la

Myanmar yang sedang memakan gaji buta
"Mak, semenjak gigi aku dah cantik  baru aku berkeyakinan nak tersenyum lebar" katanya yuyi.
Jangan terlebih lama duk kat kawasan ni nanti tak terperasan duit kita hilang.la la la la
Dapatkan sekarang juge buku diskaun Giant sebelum kehabisan stok 

Sesiapa yang tak dapat atau tak pernah atau mak marah kalau  menjejakkan kaki ke kota keriangan Genting Highland silalah  jejakkan kaki kat tapak funfair kat Giant ni dulu ye.


Saper yang tak tau kat mana tempat funfair ni sila rujuk alamat dibawah : )

Giant Hypermarket Klang (GHKG)


Lot 83191 - 83192, Persiaran Batu Nilam
Bandar Bukit Tinggi, Pandamaran
43000 Klang
Selangor.
Tel: 03-33235518
Fax: 03-33235817








Monday, July 30, 2012

Gambar berdialog-penyapu lidi zaman sekarang

 Salam Ramadhan.........................

Gambar berdialog comeback.

Tempat : Pasaraya Giant
Hari/waktu : malam sabtu pukul 9.30 malam
tujuan ke sana : membeli  beberapa barang keperluan rumah


Dalam kereta di perkarangan pasaraya Giant








penyapu yang yuyi pegang tu kepunyaan dia
 Baru malam tu aku tahu yang penyapu lidi sekarang dah berwajah baru. Alangkah malunya aku bila  yuyi kata dia dah  banyak kali beli penyapu lidi cam tu, ini bermakna aku dah ketinggalan jauh sesangat dah dari arus pembangunan moden. 





Sebelum mengakhiri gambar berdialog ni sila jawab soalan cepu emas

Adakah yuyi akan merealisasikan impian Firdaus nak ke funfair?

A) tak dapat
B)dapat
C)antara dapat ngan tak dapat
D) kecewa
E)putus harapan



Sekadar luahan hati

Bukan senang nak kenal hati budi orang ni tapi bila dah kenal aku kuciwa......at least aku dapat suatu pengalaman  yang arghhh tak semua orang dapat.la la la la

Monday, July 23, 2012

Gambar berdiolog

 Salam Ramadhan............

Nama saya Firdaus sekarang ni  umur  saya 7 tahun. Saya  bantai gelak bila saya dapat  tau yang mak saya  bercerita dalam blog pasal saya yang excited sangat nak berpuasa. Saya nak berpuasa tapi nak buat cam mana  saya hanya boleh tahan lapar tapi dahaga payah sikit nak tahan .  Jiwa saya kacau. Saya tertanya-tanya pada diri sendiri mengapa  dan kenapa saya sanggup berbuka puasa hanya kerana  tercium aroma ayam goreng  KFC. Biarpun saya  puasa setengah hari  pada hari pertama puasa ini tak bermakna yang saya tak de keinginan nak berpuasa  penuh macam orang-orang diluar sana. Tapi bila difikir-fikir  balik macam rugilah plak saya buka puasa pukul dua semata-mata nak makan ayam KFC. Inilah adalah pengalaman pertama saya berpuasa, InsyaAllah akan datang saya akan cuba untuk berpuasa penuh. Kengkawan yang baik hati , saya harap Kengkawan semua dapat   mendoakan supaya saya dapat berpuasa penuh pada tahun ni InsyaAllah :) -  dari yang sentiasa comel-Firdaus

Buah cempedak diluar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan

jalan-jalan di pasaraya Giant pada hari  pertama puasa. Jangan betulkan skrin  monitor anda,   : ) Gambar berdialog  bersize besar  ni hanya ditayang sekali je diblog ni.la la la



 


  



Ambiklah saya jadi model iklan syampoo, anda pasti tak menyesal.


  






Sekadar luahan hati

Sesekali  jadi surirumah tangga seronok gak. Bilalah aku boleh jadi  surirumah tangga  100% ni.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina