Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

Tuesday, September 18, 2012

Khadijah Adibah Ahmad-kita berkenalan di laman muka buku

Salam cik ina, sy diba, silent reader cik...
Khadijah Adibah Ahmad 11:42am Sep 17
Salam cik ina,

sy diba, silent reader cik ina.. carik emel cik ina tak jumpe2.. sy x reti kot.. hehe.. sy baru baca post cik ina kata sedih terdelete entry kan. sy boleh save previous entry yg terdelete tuh, sbb sy baca blog cik ina ni pakai google reader. jd kiranya sy subscribe blog crazymoney71.blogspot.com.

sy bkn nk tunjuk pandai ke ape, tp sy nk tolong la attach balik entry tuh,sy phm. cik ina tulis blog utk kenang2an kan. sbb sy pun tak tahula google reader ni simpan file mcm mane.. sbb kalau sy bukak blog, entry tu tade. tp kt google reader. adela plak..

jadi, sy mntak emel cik ina utk sy attach entry tuh... kt fb ni tak boleh nk attach la.. huhu..

Terima kasih tak terhingga pada  Khadijah Adibah Ahmad , atas bantuan dia aku dapat republish entry aku yang terdelete pada 15/9/2012  .Seriously , selama ni aku pun tak tahu yang kita boleh dapatkan semula entry yang dah didelete melalui  google reader.

Cik ina minta maaf kerana lambat respon message yang  Khadijah hantar melalui  facebook message  masakan air tangan bonda   buat pengetahuan Khadijah opis cik ina telah meng x facebook .  cik ina dapat facebook message yang khadijah hantar  ni  pun melalui email pagi  tadi  .



_________________________________________________________________


Entry  nilah yang aku dah publish pada 15/9/2012 tapi  telah  terdelete pada 17/9/2012  hari minggu

Terima kasih ummi khalish sebab ambil berat tentang diri  cik ina. Syukur Alhamdulillah cik ina okey seadanya .

Berbalik pada cerita hari rabu hari tu ;  aku tengok Firdaus dah start  selsema ngan batuk semula Jadi pada hari rabu petang aku bawak dia  ke klinik kesihatan berdekatan .Alang-alang dah bawak Firdaus  jumpa doktor aku suruh doktor tu  tengok sekali  3 benjolan kecil yang  agak  keras hinggap kat ibu jari firdaus  . Kali ni aku nak tengok doktor   ni cakap apa plak  bulan lepas aku pernah tanya sorang doktor  pompuan kat klinik yang sama pasal benjolan tu,  dia cakap tanda lahir  yang paling best sekali  dia bagitau aku yang dia pun ada tanda lahir yang sama. Tergelak aku lepas dengar jawapan dia tu. Aku yang belajar setakat SPM ni  pun  boleh rasa statement dia tu tak masuk akal langsung.

Lega hati  aku ..... doktor  bagitau aku yang benjolan tu sejenis  kutil , dia suggest ubat  "duofilm solution"  ubat ni tak de kat situ  dia suruh aku beli kat luar  katanya lagi, kalau rajin titiskan dekat kutil tu InsyaAllah kutil tu akan kering dan kemudian boleh dibuang.


Duofilm solution

Firdaus memang suka sangatlah  kalau dapat naik komuter.
Buat macam rumah sendiri
Apasal muka firdaus ni hitam semacam
Jangan risau nombor je  nampak riban tapi  servis tip top tak sampai 1/2 jam pun aku kat situ

Sebelum balik ke rumah aku bawak Firdaus makan kat tempat biasa.

Nilah dia kutil /warts yang doktor pompuan tu petik tanda lahir  
Aku order barli ais Firdaus order milo ais  last last dia yang minum barli ais aku
cili jeruk -kecur air liur
nasi goreng cina untuk firdaus nampak macam sikitkan, jangan risau  kat sebelah ada lagi 1/2 pinggan
Chicken chop kedai ni  feveret aku 
Boleh ! chicken chop yang ini aku kongsi ngan Firdaus 


Wednesday, September 5, 2012

Facebook Like us on : Each A cup Malaysia

First time wa kenal Each A Cup kat  Pasaraya Giant Bukit Tinggi wa terus jatuh hati melihat akan pelbagai minuman yang berbubble dan akan kebersihan outletnya.Wa memang peminat tegar minuman berbubble dari wa sekolah menengah hinggalah sekarang ni.
Jangan lupa like Each A Cup di facebook nak tunggu wa like memang tak delah nampaknya.
Anak wa cuba nak mempromosi  kad each a cup dari jauh  mungkin anak wa takut jadi bahan Zed Zaidi dalam twitter .Wa syak dalam hati.
Wa syak hati Zed Zaidi agak pilu bila wa cuba nak mempromosikan syarikat yang berhubung kait ngan Negara Singapura.
 Amatlah mengjengkelkan bila anak wa berkongsi baju ngan Fasha Sandha.

Model iklan minum minuman blueberry  Smoothie, omg lupa wa nak ambik gambar  minuman kalau  dorang bayar wa untuk iklan ni  pastilah wa ingat ye dak.ha ha ha


Untuk peminat Each a Cup area  Bukit  Tinggi sumpah ni bukan iklan berbayar

Giant Bukit Tinggi
Address:
Giant Hypermarket Klang, Lot 83191 & 83192, Persiaran Batu Nilam, Bandar Bukit Tinggi 1, Jalan Langat, 41200 Klang, Selangor.
Business Hours:
10.00am – 10.00pm (Daily) 

Thursday, February 9, 2012

jom main guli, congkak, teng teng, batu seremban, ronders, galah panjang

Rindulah nak main guli

Credit to fotomedia

Lama tak jumpa anak-anak aku rindu, bila dorang depan mata tak sampai dua hari aku dah rimas , rimas bila nampak dorang 24jam ngadap komputer. Firdaus ngan yuyi gila main games, anak lelaki no 3 plak gila berfacebook, aku macam mana? Hari tu entah cam mana aku boleh halau anak-anak aku main guli , dorang bantai gelak, guli entah kenal entah tidak, dorang nampak guli pun dalam akuarium ikan , kot pegang guli pun tak pernah .

Teringat masa aku kecik pantang ada waktu terluang, laju je ajak jiran sebelah main guli, tak pun main teng teng . Setiap petang ada je aktiviti lasak ngan kawan sekampung, selagi arwah mak tak menjerit cam tarzan selagi tu tak ingat nak balik. Lepas melakukan aktiviti lasak selalunya tekak kering, mulalah nak minum yang sejuk -sejuk cam ais kepal (ais kisar yang dicurah air gula sirap) dibungkus dalam kertas surat khabar, reganya 10sen.

ais kepal -credit to google

Budak sekolah sekarang waktu rehat, mesti tak main cam permainan zaman aku dulu. Apalah yang Firdaus ngan budak-budak sekarang main pada waktu rehat ye? kekadang rasa nak paksa je anak-anak aku main permainan tradisonal , bila nampak dorang asyik berfacebook & main games. Dalam kepala otak ni dah mula terbayang-bayang anak-anak aku sedang bermain teng- teng, guli, lompat tak kena, ronders, dan lain-lain permainan tradisional yang seangkatan dengannya : )


Jom ajak anak-anak kita bermain permainan tradisonal. Dari Johor sampailah ke sabah kita sudah merdeka, sampai berubanlah ko kak limah menunggu.......

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina