Seriously, aku tak tahu nak buat apa dah ngan habit siyuyi ni. Dari kecik hinggalah dewasa tak pernah nak berubah . Aku tengok jelah ,nak tegur masing-masing dah dewasa ye dak. Aku tak tahu berapa banyak lagi dia nak himpun cekak rambut, sepit rambut , subang, dan macam-macam aksesori wanita. Sehari dua dia pakai kemudian dia campak lepas tu beli lagi. Macam tulah seterusnya .Masa zaman dia sekolah duit belanja sekolah RM4 yang aku beri setiap hari habis dibelinya aksesori . Tak cukup dengan aksesori dibelinya juge berbagai-bagai bedak dan pewangi badan. Disney tok wan disney pun dia beli.Muntah hijau bila aku tengok benda alah tu semua bersepah-sepah dalam bilik. Bila aku bising sehari dua nampaklah benda alah tu tersusun rapi lepas tu simpang- perenang tunggang langgang balik.Sekarang ni dia dah tak duduk dengan aku lantak pilah aksesori dia nak bersepah macam mana pun. Aku dah tak pedulik sebab aku dah tak payah nak tengok lagi ye dak. Setiap kali dia datang ke rumah ni aku ada je aksesori dia yang tertinggal. Merata-rata alam , bawah katil , tepi lemari, atas lemari mesti adal lah dia punya aksesori .....Esok lusa saper yang kahwin dengan dia mesti pening kepala bila tengok aksesori dia yang bersepah merata alam tu hurmmmm nasib lah kan
Kejadian petang tadi di Jaya Jusco Bukit Tinggi ; terserempak dengan kiosk yang menjual aksesori dia terus ajak aku singgah sekejap katanya nak meninjau-ninjau cekak rambut .
Rambang mata melihat cekak rambut yang beraneka jenis sampaikan dia tak tahu nak pilih yang mana satu.
Akhirnya selepas membelek satu persatu dia telah merembat 4 cekat rambut dan dua pengikat rambut sekali gus.
Salah satu cekak rambut yang menjadi pilahan hatinya. Sukalah tu.arghhh geram aku
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .