Wednesday, November 7, 2012

Sepanjang hari selasa aku ; caca merba-jiwa merudum

Lewat petang semalam  jiwa aku agak kacau dan merudum juga , kerana beberapa perkara yang  yang tak menyenangkan hati aku.Teramat payah untuk aku menghuraikan satu persatu persoalan yang kian membengkak dihati aku ini.Wajah Firdaus , pengasuh Firdaus dan  mamat India silih berganti dimata dan di puput telinga aku ini. Tapi yang pasti mamat India itu bukan suami aku mahupun pak tiri laki mak aku.ha ha ha Sejujurnya memang aku geram tapi rasanya tak perlulah untuk aku bercerita lebih lanjut.

Dan apabila aku berada dalam keadaan jiwa kacau  tertekan ia akan membuatkan aku kehilangan mood untuk memasak.Indahnya dunia .Suami aku bagai mengetahui apa yang sedang bermain difikiran aku ."yang! kita bawak Firdaus makan kat luar ye".Tiba-tiba terpacul keluar secara spontan ayat ringkas dari mulut suami .

Sebagai manusia biasa aku  hanya mampu merancang Allah SWT yang menentukannya,sejurus turun dari motor suami dengan tak diduga hujan  turun mencurah-curah dengan lebatnya.Hujan terus  turun dengan lebatnya tanpa henti. Harapan nak makan kat luar hanya tinggal harapan.Dengan lemah longlai aku menuju kedapur , kugapai rice cooker .Tak reti reti lagi nak masak.*huk huk huk*

Masakan dari air tangan mak yang berjiwa kacau.

sup bayam
 telur goreng bersambal sos
 budu
ikan kembung goreng tepung

Dalam keadaan otak serabut , jiwa kacau  aku tetap  masak lebih dari satu lauk : )#poyos#


Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina