Friday, November 9, 2012

Bermulalah kehidupan seorang budak vegetarian


Tengkorak hang budak vegetarian ; Dalam entry pagi tadikan aku ada cakap mulai  hari ni aku  hanya benarkan Firdaus makan ikan dan sayuran sahaje tapi ini bukanlah  bermakna aku nak menjadikan  dia  seorang vegetarian sepenuhnya  . Dulukan  aku ada sorang kawan perempuan bangsa cina  yang berugama budhist ,bukanlah  kawan baik sangat.Kami berhubung  melalui telefon je.Tapi dari perbualan kami aku  faham sesuatu .Dia seorang vegetarian sepenuhnya . Dia tak makan  daging, makanan laut dan telur termasuk susu dan makanan tumbuhan.Dia banyak  makan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Setahu aku menjadi Vegetarian boleh awet muda . Seriously kawan aku yang mengamalkan vegetarian tu dah berumur 50 an tapi nampak masih muda macam lewat   30 an, kulit licin kulit putih gebu licin.oh Sharon I miss u so much.Harus biskut empat segi terbakar.

Justeru subuh tadi bermulalah episod 1 masakan vegetarian


 Persedian nak memasak dah macam nak pergi perang

 keledek unggu

Bahan-bahan utama

1)seketul  keledek unggu sederhana besar-buang kulit dan potong sederhana besar
2)1/2 ikat bayam-siang , basuh berseh dan tuskan
3)lebih kurang 1 liter air  rebusan ikan bilis
4)sebungkus fishball-potong ikut suka
5)5 ulas bawang putih-ketuk dan pecahkan serta buang kulit
6)sedikit garam dan secubit kecil serbuk perasa

 bayam yang dah siap dibasuh dan dituskan
 seketul keledek yang dah siap dipotong sederhana besar
Boleh tolong abaikan periuk aku tu tak?
cara-cara membuat sup bayam dan keledek unggu

1)tumis bawang putih sampai naik bau dan kekuningan-guna api sederhana
2)tumis sekejap fishball
3)masukkan air rebusan ikan bilis diikuti dengan keledek unggu-biar keledek unggu agak empuk
4)Masukkan bayam-biar agak mendidih
5)masukkan garam dan secubit kecil serbuk perasa.Seimbangkan rasa dan tutup api


sup bayam keledek unggu

sup bayam keledek unggu  untuk firdaus  bawa ke rumah pengasuh
Dalam sejam lepas masa aku menyembang dengan  pengasuh Firdaus ditelefon  , dia bagitahu aku yang sebekas sup bayam dan keledek unggu dah habis dimakan Firdaus.okeylah tu kan.
  Firdaus tak dibenarkan makan mee goreng ayam yang aku masak pagi tadi .Ini arahan dari mak tiri bawang putih






keledek ungu  mempunyai pelbagai khasiat seperti Vitamin B, C dan E, zat mineral, beta kerotin, protein serta kanji.Kandungan anthocyanin di dalam keledek itu juga mempunyai kelebihan termasuk melindungi kerosakan asid deoksiribonukleik (DNA), membantu mengurangkan perkembangan sel kanser, menstabilkan penyakit kencing manis serta meningkatkan daya ingatan.

Sekian terima kasih
Ikhlas dari  pemakan daging lembu tegar





Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina