Bahan-bahan untuk membuat ayam kicap MIL yang simple lagi jimat masa dan tenaga *macam bagus-baguskan statement jimat masa tu*
untuk separuh ayam-potong sederhana dan cuci berseh.
1)dua biji kentang-kupas kulit dan dipotong ikut suka
2)1 cm halia-dihiris bulat-bulat
3) 3-4 ulas bawang putih-dipecahkan dan dibuang kulit
4)dua sudu besar kicap pekat
5)1/2 sudu besar sos tiram
6)1 sudu besar sos cili
sesudu kecil lada hitam kisar
1)Tumis bawang putih dan halia shingga naik bau dan kekuningan-gunakan api sederhana
2) Masukkan kentang diikuti ngan ayam -Biar agak kedua-duanya agak masak dan empuk-gunakan api sederhana dan mesti tutup penutup chefal
3)Masukkan kicap pekat diikuti sos tiram , sos cili -kacau hingga sampai ayam bergaul dengan semua sos tadi kemudian tambah sedikit air biar seminit
4)Masukkan lada hitam kisar kacau sekejap .Seimbangkan rasa dan tutup api
Biarkan ayam sehingga garing sebegini-Abaikan warna yang terlebih kuning -sila salahkan photoscape.
sila guna lada hitam yang dikisar sendiri ye.
Ayam kicap MIL-dah tentu menjadi feveret suami aku. Mestilah feveret dia dah resepi ni mak dia yang punya .
Jangan lupa goreng sayur bak kata Firdaus "sayur adalah rakan baik saya" muntah hijau aku dengar statement dia. Aku tanya Firdaus saper yang ajar dia cakap macam tu.Bila dia kata cikgu dia yang cakap macam tu , tetiba je aku rasa nak sedut muntah hijau tadi : )
Sawi putih goreng bawang putih
tu dia rakan baik sayur sedang menikmati nasi dengan ayam kicap bersama sawi goreng
Jumpa lagi.............