Friday, November 16, 2012

Majlis menyambut menantu cum majlis sambutan Diwali ; Restoran Coconut Flower

Masih belum terlewat rasanya untuk aku mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1434 kepada semua muslimin dan muslimat.Semoga tahun ini membawa kerahmatan dan keberkatan yang berterusan kepada kita semua.

Cuti berselang seli ni membuatkan aku lemah. Segala yang aku buat serba tak kena.Nak update blog pun tak de mood. Lagilah sekarang ni   Firdaus tengah  cuti sekolah ...komputer kat rumah ni dah  jadi hak milik dia sepenuhnya.Malas aku nak cakap apa, aku pandang je...Bila aku pakai komputer je , dia mula lah buat  perangai pelik-pelik. Dia pulak boleh gelak-gelak tengok muka aku bengang. Bila aku dah benggang dia dah agak  aku mesti akan cakap "mak dah tak nak guna komputer lagi, adik gunalah" Aku jenis manusia yang tak suka diganggu masa tengah menghadap komputer.

Aku rasa lah kan  subuh adalah waktu yang spesifik untuk aku mengupdate blog. Jadi subuh tadi barulah aku ada sedikit ruang untuk mengupdate blog tanpa sebarang gangguan. Cerita yang aku update  ni tak delah  menarik mana pun hanya  cerita Deepavali yang lepas je.

Anak-anak aku ; Aku  amat menghargai setiap saat yang aku lalui bersama mereka. Terlalu banyak kenangan manis , suka duka  yang aku lalui bersama  mereka sehingga aku rasa ralat sekiranya aku menyusahkan mereka . Mereka anugerah dan amanah daripada  Allah SWT InsyaAllah selagi hayatku dikandung badan aku akan pastikan   terus berada di sisi mereka  ketika susah dan senang .Mereka adalah harta yang paling bernilai  buatku di dunia ini. Tanpa mereka siapalah aku. Aku sedar yang aku  masih mencari mencari hala tuju dan membina hidup kearah kesempurnaan .

Adik  ipar dan bakal suami ; Mereka akan bersatu pada 8/12 
mereka lagi ; mesti lah kan nama pun majlis menyambut menantu, main petik je aku ni.ha ha ha 
Adik adik iparku
disebelah kiri ; Bakal adik ipar bersama, FIL dan besan
disebelah kanan ; MIL dan Besan
 nampak lain selepas membuat kening , amboiiii kemain MIL aku sekarang ni..semakin vogue : )

Bila dihitung-hitung balik  ada gak 7-8 makanan yang  suami dan adik ipar aku order . Tapi harap maklumlah ye kat dalam majlis -majlis yang macam ni aku kenalah berkelakuan baik maka tak bolehlah aku   menyibukkan diri snap sana  snap sini..ha ha ha 

Antara makanan yang diorder ; minuman jasmin tea
 lala  stim
Paling aku suka tomyam dalam kelapa ni  tedap sangat
sayur keledek goreng ; chiew pai tofu, lala kam heong, ketam kam heong(tak de dalam gambar)
Tomyam yang sedap : ) 
ikan kerapu bintang stim bersama sos soya sedap : )


La... baru  aku perasan yang  gambar suami aku tak de dalam cerita ni ... kasihan masa ni dia tengah sibuk arrange majlis.. almaklumlah nak terima adik ipar baru.

Cukup sampai disini kemerapuan aku , aku sambung nanti  ada beberapa kerja yang  perlu aku  bereskan.



Sekadar luahan hati


~~~haii sayang sangatt sangatt lelaki macho tapi ada sifat keperempuanan...tolonglahhh~~~~~





Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina