Entahlah aku pun tak tahu nak cakap apa lagi. Bila aku fikirkan balik rasa tak berbaloi segala penat lelah dan pergorbanan aku untuk blog ni .Aku terasa separuh dari jiwa aku hilang sekiranya dalam sehari aku tak dapat meninjau dan mengupdate blog kesayangan aku ni.Tapi semalam bila aku dapat tahu yang aku tak boleh lagi mengupload gambar ke dalam post hanya semata-mata pasal storage pictures blog aku dah lebih limit tetiba je aku rasa macam nak kuburkan minat aku dalam dunia blogging.Aku berblog sebab minat , tapi bila dah jadi macam ni siapa yang tak kecewa.Bila fikir beratus kali balik memanglah macam nak kukuburkan saje blog ni tapi bila aku cuba berfikir sebagai blogger yang ada potensi untuk memiliki hasil pendapatan RM20,000 sebulan dengan berblog #of courselah dasar mata duitan# otomatik dalam masa 24 jam aku bina lagi blog baru.
Selamat datang ke blog baru aku , sila save link baru blog cik ina do do cheng dalam blog list kengkawan, tak save korang rugi.*serius ni*
Pesanan khidmat masyarakat ; Jangan rajin sangat nak berlegar-legar kat blog baru aku , apa benda pun tak de lagi kat situ.Bagi aku sedikit masa nanti bila ada masa aku update ye.
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .