Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

Monday, November 26, 2012

Save blog name ; ku simpan blog ni disudut hati yang paling dalam



 Entahlah aku pun tak tahu nak cakap apa lagi. Bila aku fikirkan balik rasa tak berbaloi segala  penat lelah dan pergorbanan aku untuk blog ni .Aku terasa separuh dari jiwa aku hilang sekiranya dalam sehari aku tak dapat meninjau dan mengupdate blog kesayangan aku ni.Tapi semalam bila aku dapat tahu yang aku tak boleh lagi mengupload gambar ke dalam post hanya  semata-mata pasal  storage pictures blog aku dah lebih limit tetiba je aku rasa macam nak kuburkan  minat aku dalam dunia blogging.Aku berblog sebab minat , tapi bila dah jadi macam ni siapa yang tak kecewa.Bila fikir beratus kali balik memanglah macam nak kukuburkan saje  blog ni tapi bila aku cuba berfikir sebagai blogger yang ada potensi untuk memiliki hasil pendapatan RM20,000 sebulan dengan berblog    #of courselah  dasar mata duitan# otomatik dalam masa 24  jam aku bina lagi  blog baru. 


Selamat datang ke blog baru aku , sila save link baru   blog cik ina do do cheng   dalam blog list kengkawan, tak save korang rugi.*serius ni*


Pesanan khidmat masyarakat ; Jangan rajin sangat nak berlegar-legar kat blog  baru aku , apa benda pun tak de lagi kat situ.Bagi aku sedikit masa nanti bila ada masa aku update ye.






Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Sunday, September 16, 2012

Kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa

Aku tambah kerana gatal tangan entry aku " Hari rabu aku ; duofilm solution penyelesaiannya"dan entry "Petang sabtu  aku ; bersama teman lelaki  yuyi di Palma cafe Sacc Mall Shah Alam" terdelete .Ni semua gara -gara nak sangat mendelete  draft entry yang dah memenuhi bahagian post  sehinggakan  aku tak perasan yang aku dah termark kotak entry yang dah dipublish  . Frust gila , sedih pun ada  penat  aku memerah otak bagai entry tu hilang dihujung jari sendiri.dugaan

Semenjak aku berblog inilah pertama kali berlaku  kejadian terdelete entry yang dah  publish . Rasanya tak mungkinlah    aku nak  taip semula entry yang terdelete tu dalam masa terdekat ni ,bagilah aku masa ye .

Kepada  semua  pembaca blog ni  yang  tak dapat membaca entry yang aku dah terdelete tadi  harap maaf.InsyaAllah esok lusa  kalau ada senang  aku taip semula entry  tu ye .





SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA YANG KE 49

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina