Thursday, February 9, 2012

jom main guli, congkak, teng teng, batu seremban, ronders, galah panjang

Rindulah nak main guli

Credit to fotomedia

Lama tak jumpa anak-anak aku rindu, bila dorang depan mata tak sampai dua hari aku dah rimas , rimas bila nampak dorang 24jam ngadap komputer. Firdaus ngan yuyi gila main games, anak lelaki no 3 plak gila berfacebook, aku macam mana? Hari tu entah cam mana aku boleh halau anak-anak aku main guli , dorang bantai gelak, guli entah kenal entah tidak, dorang nampak guli pun dalam akuarium ikan , kot pegang guli pun tak pernah .

Teringat masa aku kecik pantang ada waktu terluang, laju je ajak jiran sebelah main guli, tak pun main teng teng . Setiap petang ada je aktiviti lasak ngan kawan sekampung, selagi arwah mak tak menjerit cam tarzan selagi tu tak ingat nak balik. Lepas melakukan aktiviti lasak selalunya tekak kering, mulalah nak minum yang sejuk -sejuk cam ais kepal (ais kisar yang dicurah air gula sirap) dibungkus dalam kertas surat khabar, reganya 10sen.

ais kepal -credit to google

Budak sekolah sekarang waktu rehat, mesti tak main cam permainan zaman aku dulu. Apalah yang Firdaus ngan budak-budak sekarang main pada waktu rehat ye? kekadang rasa nak paksa je anak-anak aku main permainan tradisonal , bila nampak dorang asyik berfacebook & main games. Dalam kepala otak ni dah mula terbayang-bayang anak-anak aku sedang bermain teng- teng, guli, lompat tak kena, ronders, dan lain-lain permainan tradisional yang seangkatan dengannya : )


Jom ajak anak-anak kita bermain permainan tradisonal. Dari Johor sampailah ke sabah kita sudah merdeka, sampai berubanlah ko kak limah menunggu.......

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina