Thursday, February 9, 2012

cinta kosmo???????????

Semalam sebelum balik , boss suruh aku bersehkan kawasan sekeliling opis , katanya 10 pagi ni wartawan kosmo nak datang. bling bling jap mata aku , ye ke, aku tengah pikir baju apa nak pakai ni , korang rasa jenama yang mana sesuai untuk aku CKJ , DKNY, Bill keith atau Bernard Chandran , cepatlah cakap, korang ni tak baik tau biarkan aku syok sendiri. Berangan tak perlu bayar apa-apa kan?



ini bukan fitnah, ini kenyataan


Hebat!! tempat keja aku sejak beberapa bulan kebelakangan ni bermandikan cahaya kegemilangan hinggakan ada induvidu tertentu teruja hendak membuat lawatan sambil belajar ke sini : ) kecik tapak tangan padang bola sepak tempat budak -budak bermain bola.saya suka main bola hari-hari saya main bola. Macam ku kenal je dialog tu, tapi di mana ye?


Aku nak tanya sikit ,korang baca tak berita minggu bertarikh 5/2? tak baca udah, nama mu dollah, okey aku tulis semula apa yang dalam akhbar tu tulis ye "FFM Berhad Meraikan 50 tahun penyediaan produk yang berzat , selamat dan berkualiti" comelkan yeah yeah jubli emas tahun ni, kasihan jugak ngan FFM Berhad dalam pada nak meraikan jubli emas dilempar dengan berbagai fitnah. Sedihhhhhhhhhhhh , dewasa ini ramai yang menganggap melempar fitnah itu sebahagian dari kebebasan bersuara. Jelas sangat kebanyakan orang sekarang tak dapat membezakan diantara kritikan dan fitnah. cissss apasal aku skema sangat ni. sorrylah aku emo terlebih.


serabutlah....dalam minggu ni aku bizi sangat, banyak report yang kena dikemas kini dan disusun atur mengikut bulan tertentu, semuanya kena diuruskan sebelum juruaudit dalaman datang pada 14/2 ni. Setiap tahun tanpa juruaudit , alangkah bahagianya hidup.

Biarpun sibuk dengan tugas harian aku mengaku masih lagi berkesempatan melayari sesawang gosip artis tempatan dan luar negara, tak pun berjalan-jalan dari satu blog ke satu blog, itukan realiti seorang pekerja opis : ) sapa yang makan lada hitam boleh jugak terasa kepedasannya, ye dak, cuma bezanya pedas lada hitam tangkap dalaman berbanding cili yang mungkin pedasnya hanya dibibir.Apa yang aku merepek ni...............


gambar ini dicilok secara tak sah dari facebook kak limah

Itu realiti pekerja opis, cam mana ngan realiti ditempat pertunangan, cer tengok dibelakang orang bertunang tu, nampak tak ada sorang dewasa dan dua orang budak kecil sedang melayari internet. Sebenarnya aku tak delah tertarik sangat ngan mereka yang tengah melayari internet tu , aku cuma terharu salah satu barang hantaran adik kak limah tu ada sekotak kek dari secret recipe. hua hua hua......mak jeles.






Jumpa lagi dilain hari dan waktu. Dalam hidup ni kalau selalu sangat nak nampak kita baik ngan pandai, tak elok jugakkan?.





Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina