Dalam hidup Firdaus dua perkara boleh buat dia senyum sampai ke pangkal telinga, perkara pertama "dapat makan nasi " kedua "naik komuter". Tak tau lah anak orang lain, kalau anak-anak aku suka sangat bila dapat naik komuter, tak kisahlah pegi jauh atau dekat, janji dapat naik komuter.
Firdaus dah pandai beli tiket komuter sendiri, dari umur 6 tahun aku dah suruh dia beli tiket sendiri. Urusan beli tiket melalui suara ngan main hulur je , budak jual tiket tak berapa nampak Firdaus : )
Nampak tak Firdaus tengah beli tiket komuter, masa ni kita orang nak pegi port klang, dekat sangat ngan rumah aku punggung pun tak sempat panas.
Terserlah muka happy Firdaus. Aku ajak dia makan kat warung kawan aku berdekatan ngan jeti port klang, korang tau dia cakap apa "saya taulah mak, tempat kawan mak yang banyak lalat tu kan."
muka kontrol ye ????
Memang warung ni banyak lalat,biasalah tepi laut, tapi masih berseh, sekali sekala makan tempat cam ni kan best. Aku janji ngan Firdaus lepas makan, aku bawak dia beli KFC, dia dah tak nampak benda lain, dalam otak dia nak KFC, KFC.
Hari ni hari malas sedunia, petang cam ni baru nak kain, masak pun idak lagi, suami aku cam tau je aku malas hari ni, siap balik bawak 3 bungkus nasi ngan 3 bungkus kari ayam, katanya nasi ambeng. Dia ni biar betik , nasi ambeng pun dia dah tak kenal, hampir setiap minggu ke pasar malam aku belikan dia nasi ambeng, orang tua ni nyanyuk ke apa : ) first time aku nengok nasi yang dia bawak ni, aku main tembak je nasi dagang. Seumur hidup aku tak pernah lagi makan nasi dagang. Kalau korang tau nasi apa ni , sila bagi tau aku ye.
Sedap gak nasi ni cam rasa pulut, aku makan cam tu je. Firdaus pun suka dari tadi asyik duk ulang makan nasi tu. Manalah aku tak malas hari ni, lalok semacam je , pagi lagi dah bantai 5 ketui serimuka durian, bawahnya pulut, makan lagi nasi cam pulut yang suami aku bawak tu. Cuaca sejuk, kat luar hujan mencurah-curah, tengah lalok ni, layan tidur syok jugak :)
InsyaAllah tak de aral apa aral melintang aku bercadang malam ni nak pegi rumah yuyi ngan Firdaus naik komuter. Yuyi kurang sihat, seperti biasalah penyakit orang perempuan, kasihan plak nak suruh dia drive datang rumah. Suami aku malam ni gi mancing.
SELAMAT BERHUJUNG MINGGU BERSAMA KELUARGA TERSAYANG.