Okeylah , beralih kepada cerita matematik, subjek yang paling aku minat masa sekolah dulu dan hingga sekarang ni. Pada aku matematik ni boleh buat otak kita sentiasa berkembang dan aktif. Kalau boleh setiap hari atau bila ada masa terluang kita kena galakkan anak -anak kita buat latihan matematik supaya tak lupa matematik ni..........seronok bila setiap kali anak -anak kita buat latihan matematik , dia dapat jawapan yang betul...........muka dia ceria je.
Kalau salah kira , siaplah aku suruh dia kira semula sampai betul, masa tu mulalah aku tenyeh tenyeh doh, geram punya pasal . Itulah kelebihannya mengajar anak sambil membakar biskut, tujuannya bila anda marah anak anda kerana soalan yang diberi tak dapat jawapan yang betul, masa tu anda boleh melepaskan kemarahan dengan menenyeh -nenyeh, mengcengkam doh tu ngan sepuas hati tanpa mencederakan badan , hati mahupun perasaan anak anda. kah kah kah kah
Berbalik pada cerita Firdaus, Malam tadi dia ingat aku sibuk membaking , dia boleh terlepas dari buat latihan matematik, dia silap masa tengah membaking pun aku masih boleh mengajar. kah kah zalimkan aku. Aku dah pesan dia banyak kali, subject lain dia boleh buat-buat lupa, kalau matematik setiap hari kena buat latihan .
Matematik ni subjek yang kita perlu buat latihan untuk menguasainya, bukan membaca. Matematik ni seronok bila kita minat dan mula mengusai, kita puas hati dan gembira bila kita berjaya selesaikan masalah matematik . Selain kerap buat latihan matematik, kita kena fokus dan beri tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar dalam kelas, sekiranya tak faham kena rajin bertanya .
Okeylah jumpa lagi dilain hari dan waktu. Matematik dan anda,, anda dan matematik berkait rapat, ye dak.