Monday, February 6, 2012

kartun , games , mana satu ni?????

Terlebih rajin hari ni update blog sampai dua kali, ialah nak tengok tv Firdaus dah konker tengok cite kartun. Geram je mana satu dia nak layan, aku pun tak tau, tangan dia pegang keyboard komputer , mata nengok cite kartun , korang boleh?. Aku duk tengah -tengah melopong, mentang-mentanglah ayah dia tidur, sesuka hati je dia konker : ) Masuk dua jam aku tak boleh tahan , aku halau dia nengok tv , komputer aku take over. Budak besau ni kalau dibagi muka mau sehari suntuk dia main games . Firdaus ni manja, sekali sekali tak dengar cakap , aku tangankan jugak.

Hari ni masak simple je, nasi goreng, tekak ni macam jemu plak dengan ikan, nak keluar beli ayam malas plak. Aku ni kalau dah duduk rumah, nak keluar tu memang liat sikit,, rela aku masak apa yang ada. Nasib baiklah dapat suami yang tak cerewet, makan apa je apa yang aku masak, cuma dia pantang masin, sebab tu aku lebih banyak guna kicap cair dalam masakan berbanding garam . Maggi yang aku masak pun dia tak bagi bubuh sekali perasa, masa makan nanti dia bubuh sendiri banyak mana yang dia suka.



Nasi goreng ni simple je

1)bawang merah ngan putih kisar kering
2)4 tangkai cili kering kisar kering
3)segengam ikan bilis kisar kering
4)Telur 2 biji
5)sedikit kicap cair -penganti garam
6)sos tiram -penambah rasa
7)semangkuk nasi sejuk

Tumis bawang kisar hingga naik bau, kemudian masukkkan cili kering kisar, kacau hingga pecah minyak, kalau boleh kecikkan api semasa proses penumisan. Lepas tu masukkan ikan bilis kisar,kacau lagi kemudian ketepikan ditepi kuali , pecahkan dua biji telur, bila telur dah garing sepenuhnya masukkan nasi sejuk. Masa mengacau nasi , kuatkan api ye, bubuhkan sedikit sos tiram dan kicap cair , kacau hingga sekata, tutup api, angkat sedia dihidang.

Nasi goreng ni aku layan makan ngan ikan gelama masin, sesekali makan ikan masin tak pe , jangan selalu tak elok untuk kesihatan.





Cukuplah ye, Firdaus dah 2-3 kali menjeling ke arah komputer, geram tau ngan dia ni, dah lama tak kena cubit , biasalah : )

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina