Salam Maulidur Rasul 1433 Hijrah.........
Dah lama suami suruh update blog dia, sampai merajuk orang tua tu, malam tadi sebelum dia pegi mancing aku transfer semua gambar dari hp dia ke komputer, konon nak update blog dia, password plak terlupa, habis cam mano? Apa lagi aku curi gambo tu tepek kat blog aku, tumpang glamer jap : ) Mana tahu lepak-lepak nanti ingat balik password blog tu , kalau tak kenalah reset balik.
Bulan 1 ni dekat 3 kali dia gi mancing dapat ikan merah ngan tebal pipi, Alhamdulillah ikan kecik atau besar semuanya rezeki dari Allah SWT . Rajin plak suami aku tangkap gambar pokok mangga depan rumah,masa ni pokok tu tengah galak berbuah. Hairan bin Ajaib pokok mangga tu tak pernah berjaga , letak baja pun tak, suami siram pun sekali sekala , syukur Alhamdulillah semedang berbuah. Itu pokok mangga, kalau suami ngan anak jangan sesekali biarkan cam tu , kita kenalah selalu siram dan bagi baja, barulah hasilnya subur dan mengalakkan : )
Jom layan lauk tengahari tadi , simple je
kari ikan merah
telur dadar
perhangat sambal sotong semalam
Bahan-bahan untuk masak kari ikan merah(sebelah kepala & dua ketul isi)
1)lebih kurang 6tbsp rempah kari bancuh ngan air-kali ni aku guna rempah kari babas
2)3 cm halia - hiris
3)8 ulas bawang putih-hiris
4)8 ulas bawang merah -hiris
5)1 tangkai daun kari
6)1 tsp rempah campur
3)8 ulas bawang putih-hiris
4)8 ulas bawang merah -hiris
5)1 tangkai daun kari
6)1 tsp rempah campur
7)600 ml Perahan air asam jawa
Cara-cara membuatnya
tumis bahan 3-6 hingga naik bau dan layu kemudian tumis rempah kari yang dah dibancuh tadi hingga pecah minyak.(kecikkan api semasa menumis rempah kari)Selepas rempah kari tadi pecah minyak, masukkan bancuhan air asam jawa(quantity air asam jawa bergantung pada quantity rempah kari dan ikan). Biar kari agak mendidih lama, buh bendi ngan ikan yang dah digaram kunyit, biar bendi lembut dan ikan masak sepenuhnya.Akhir sekali buh garam, 1 tsp gula ngan, perasa, sebagai penambah rasa . Jangan masak ikan terlalu lama,bila kuah dah agak mendidih(kalau masak kepala ikan biarlah lama sikit) , terus angkat.(bila masak bahagian kepala dan ekor ikan biarkan kuah mendidih lama sikit)
Aku bercadang tak nak masak hari ni, pagi tadi beli banyak mee goreng nak makan sampai ke petang, tapi nak buat cam mana muka Firdaus monyok asyik tanya nasi je, terpaksalah aku merajinkan diri masak nasi ngan lauk. Rasa nak cubit je dia ni , mee goreng makan, nasi pun nak nengoklah muka dia tu masam konon , dalam hati melompat-lompat : )
Selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang, yeah yeah esok cuti.