Showing posts with label Salam Maulidur Rasul 1433 hijrah. Show all posts
Showing posts with label Salam Maulidur Rasul 1433 hijrah. Show all posts

Saturday, February 11, 2012

jejaka encem semalaya : )

Salam kengkawan, hari ni kemana? Aku tak ke mana-mana . Jejaka encem ke sekolah hari ni, kat sekolah ada sambutan maulidur rasul 1433H/aktiviti moral peringkat sekolah. Semalam aku membaking choc chip , nak update malas plak, esok esok lah ye.


Ni dia jejaka encem semalaya : )



jejaka encem nampak temban plak bila berkopiah.

Excited la tu pakai baju melayu ke sekolah.

Apasal plak dalam gambar ni mata suami aku oren, ni mesti handphone tersalah setting .


First time jejaka encem bersampin. Baju melayu ni Fil India beli, tak pernah lagi pakai. Pandai dia pilih kaler. Dia rajin belikan suami ngan Firdaus baju melayu setiap kali raya.




Ini je aku nak update, hari ni cam tak de mood nak update panjang menjela : )

Sunday, February 5, 2012

tumpang glamour situkang pancing ikan merah : )

Salam Maulidur Rasul 1433 Hijrah.........


Dah lama suami suruh update blog dia, sampai merajuk orang tua tu, malam tadi sebelum dia pegi mancing aku transfer semua gambar dari hp dia ke komputer, konon nak update blog dia, password plak terlupa, habis cam mano? Apa lagi aku curi gambo tu tepek kat blog aku, tumpang glamer jap : ) Mana tahu lepak-lepak nanti ingat balik password blog tu , kalau tak kenalah reset balik.



Bulan 1 ni dekat 3 kali dia gi mancing dapat ikan merah ngan tebal pipi, Alhamdulillah ikan kecik atau besar semuanya rezeki dari Allah SWT . Rajin plak suami aku tangkap gambar pokok mangga depan rumah,masa ni pokok tu tengah galak berbuah. Hairan bin Ajaib pokok mangga tu tak pernah berjaga , letak baja pun tak, suami siram pun sekali sekala , syukur Alhamdulillah semedang berbuah. Itu pokok mangga, kalau suami ngan anak jangan sesekali biarkan cam tu , kita kenalah selalu siram dan bagi baja, barulah hasilnya subur dan mengalakkan : )

Jom layan lauk tengahari tadi , simple je

kari ikan merah
telur dadar
perhangat sambal sotong semalam



Bahan-bahan untuk masak kari ikan merah(sebelah kepala & dua ketul isi)

1)lebih kurang 6tbsp rempah kari bancuh ngan air-kali ni aku guna rempah kari babas
2)3 cm halia - hiris
3)8 ulas bawang putih-hiris
4)8 ulas bawang merah -hiris
5)1 tangkai daun kari
6)1 tsp rempah campur
7)600 ml Perahan air asam jawa


Cara-cara membuatnya

tumis bahan 3-6 hingga naik bau dan layu kemudian tumis rempah kari yang dah dibancuh tadi hingga pecah minyak.(kecikkan api semasa menumis rempah kari)Selepas rempah kari tadi pecah minyak, masukkan bancuhan air asam jawa(quantity air asam jawa bergantung pada quantity rempah kari dan ikan). Biar kari agak mendidih lama, buh bendi ngan ikan yang dah digaram kunyit, biar bendi lembut dan ikan masak sepenuhnya.Akhir sekali buh garam, 1 tsp gula ngan, perasa, sebagai penambah rasa . Jangan masak ikan terlalu lama,bila kuah dah agak mendidih(kalau masak kepala ikan biarlah lama sikit) , terus angkat.(bila masak bahagian kepala dan ekor ikan biarkan kuah mendidih lama sikit)




Aku bercadang tak nak masak hari ni, pagi tadi beli banyak mee goreng nak makan sampai ke petang, tapi nak buat cam mana muka Firdaus monyok asyik tanya nasi je, terpaksalah aku merajinkan diri masak nasi ngan lauk. Rasa nak cubit je dia ni , mee goreng makan, nasi pun nak nengoklah muka dia tu masam konon , dalam hati melompat-lompat : )




Selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang, yeah yeah esok cuti.


Salam Maulidur Rasul 12 Rabiul Awal 1433 Hijrah/2012

Salam Maulidur Rasul kepada semua muslimin dan muslimat seluruh dunia, selawat dan salam ke atas Rasul junjungan kita Nabi Muhammas SAW.............

Marilah Sama-sama kita menghayati tema Maulidur Rasul tahun 1433 Hijrah/2012 "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"


Junjungan Mulia

Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah kisah

Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul'awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama

Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia.


Entah kenapa setiap kali menyambut Maulidur Rasul, 12 Rabiul Awal , hati aku tersentuh dan sayu mendengar lagu Junjungan mulia nyanyian Al mizan . Seluruh umat Islam didunia mengkagumi keperibadian dan kemulian akhlak junjungan kita nabi Muhammad SAW, termasuk jugak yang bukan Islam.

Sempena Maulidur Rasul 1433 Hijrah , Marilah sama-sama kita berazam dan bulatkan tekad semampu mungkin mengikuti segala sunnah dan cara hidup baginda ,terus terapkan dalam rutin harian kita InsyaAllah.




~SALAM MAULIDUR RASUL 1433 HIJRAH 2012~


Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina