Zaman aku kecik tak banyak jenama mee segera, aku tau maggi ngan mamee je. Masa aku sekolah rendah arwah mak jarang bagi duit belanja, bagi pun ikut nasib, macam main tikam, kalau nasib baik dapatlah hadiah , kalau tak de nasib pulang tangan kosong , ibarat cam tu lah. 20 sen belanja sekolah paling banyak aku dapat, itu pun dah besau rahmat, dengan 20 sen boleh beli 2 bungkus mamee cam gambar kat bawah ni, bezanya bungkusan dulu plastik clear, gambar tak de : ).
Dulu dapat belanja sekolah 20 sen tetap redha, yang penting pegi sekolah dapat jimba-jimba ngan kawan main galah panjang , getah, konda kondi, dan permainan rakyat yang seumpama dengannya. Jahatkan bukan nak belajar , seronok nak jimba-jimba : )
Kalau start cite zaman kecil sampai esok pun tak habis, jom layan masak kicap ikan merah, peberet aku, nyum nyum
Simple je, kicap ikan aku ni tak berapa pedas, cam biasalah kalau nak pedas sila tambah cili api kampung, biar melepuh vontot opsssss.
First sekali goreng ikan merah sederhana garing.
Hirisan bawang merah, putih, halia
serbuk lada hitam
bunga lawang ngan sedikit kayu manis
cili api ngan cili hijau dibelah dua.
Lebur je semua bahan hirisan sampai layu & bau.Aku buh sedikit sos cili,bagi kuah kicap aku pekat, kemudian aku buh kicap kipas udang , sukati korang nak buh yang manis atau masin. Rasa ikut citarasa masing-masing.
Last sekali buh ikan merah goreng, biar agak mendidih kemudian angkat.
Jeng jeng ikan merah masak kicap .
Sayur dalam kehidupan keluarga kami , macam irama dan lagu tak boleh dipisahkan, kalau dipisahkan pincanglah, sila sambunggggggggggggggggg
Simple je goreng ikan bilis ketepikan, goreng bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan timun yang dah dihiris nipis, goreng hingga timun jadi lembut, last sekali masukkan sedikit sos tiram sebagai penambah rasa masin, sebelum angkat buh sikit air.
Jeng jeng jeng timun goreng.
Cite maggi ni timbul berpunca malam tadi , Firdaus makan nasi ngan ikan kicap nalar punya banyak , tengah malam boleh plak dia nak makan maggi cawan perisa ayam, boleh gitu, rasa nak cekik-cekik je dia : )
Jumpa lagi dilain hari dan waktu, tak sabau nak cuti deret 4 hari , leganya rasa hati mak 4 hari tak payah nak pandang muka empat segi ni : )