Showing posts with label resepi sayur-sayuran. Show all posts
Showing posts with label resepi sayur-sayuran. Show all posts

Tuesday, February 21, 2012

kenapa kicap ye?

Sampai sekarang aku masih tertanya-tanya kenapa kicap tu dinamakan kicap? Kenapa kebanyakan budak-budak tak boleh berpisah ngan kicap, termasuklah anak-anak aku. Masaklah macam-macam jenis lauk pun, last last kicap jugak yang dicari. Kadang-kadang tu bila bengang sangat dorang tanya kicap, aku bantai cakap tak de. Mulalah dorang merengek-rengek "alah makkkkk , kenapa tak de kicap?. Bila aku dah tak tahan sangat ngan perkataan kicap tu , satu hari tu aku pernah tanya "cuba ko bagi tau mak, lauk yang ko makan tak buh kicap, nanti boleh mak masakkan lauk tu". Dia bantai gelak plak bila aku tanya cam tu. Macam manalah aku tak geram, makan nasi berlaukkan sambal, rendang, kuah asam tumis waima segala jenis lauk dorang mesti nak buh kicap cuma masak kicap je dorang tak buh kicap, kalau itu pun dorang buh kicap, sah sah otak dah tak betul : ).

Kalau dah minat sangat ngan kicap aku rasa lebih baik lepas ni tak payah masak lauk ,makan nasi ngan kicap , lepas tu goreng je ikan , telur atau ayam, lagi senangkan. Cakap memang lah senang nak laksanakan tu payah amat, kasihan plak dorang makan tak berlauk. Percaya tak? hasil tinjauan tak resmi aku dilaman sosial (kah kah kah kah ) banyak banyak kicap yang ada kat pasaran Malaysia, kicap kipas udang lemak manis paling disukai budak-budak termasuklah yang tua bangka cam anak-anak aku.

Moh!!!!! kita masak kicap ikan GT/Gerepoh(masak kicap sempoi)




Bahan-Bahan

Hirisan bawang besar holland, putih, halia
serbuk lada hitam
bunga lawang ngan sedikit kayu manis
sedikit cili api ngan cili hijau dibelah dua.
cili sos
kicap kipas udang-lemak manis


Cara membuatnya

Lebur bahan hirisan sampai layu & bau.Aku buh sedikit sos cili,supaya kuah kicap jadi pekat, kemudian aku buh kicap kipas udang , sukati korang nak buh yang manis atau masin-pada kau lebih elok yang manis).Last sekali buh GT/Gerepoh goreng ngan serbuk lada hitam , biar agak mendidih kemudian angkat. Rasa ikut citarasa masing-masing.



Budak baju merah baru balik sekolah , dah tak sabar nak makan. Dia ni pun boleh tahan gak berhantu ngan kicap.


Juadah petang semalam

1)goreng kobis
2)asam tumis ikan GT/Gerepoh balance semalam
3)ikan GT/Gerepoh masak kicap



Kicap ngan korang ada apa-apa masalah tak ? : )

Friday, February 3, 2012

ikan masak kicap ngan timun goreng jalan, maggi cawan pun jalan-jom daftar ahli maggi.

Aku dah jadi ahli Maggi , korang bila lagi?, Jom kawan-kawan daftar jadi ahli maggi, nanti dapat resepi menarik , boleh berkongsi resepi dan petua dengan ahli yang lain. Kalau ikutkan kena panggil mee segera, tapi kita semua dah terbiasa jenama apa saja tetap panggil maggi.....maggi dan pelajar seakan tak dapat dipisahkan, teringat masa duk asrama maggi jadi sahabat setia peneman ketika kelaparan, lepas kahwin jadi peneman ketika kemalasan.kui kui kui .

Zaman aku kecik tak banyak jenama mee segera, aku tau maggi ngan mamee je. Masa aku sekolah rendah arwah mak jarang bagi duit belanja, bagi pun ikut nasib, macam main tikam, kalau nasib baik dapatlah hadiah , kalau tak de nasib pulang tangan kosong , ibarat cam tu lah. 20 sen belanja sekolah paling banyak aku dapat, itu pun dah besau rahmat, dengan 20 sen boleh beli 2 bungkus mamee cam gambar kat bawah ni, bezanya bungkusan dulu plastik clear, gambar tak de : ).



Dulu dapat belanja sekolah 20 sen tetap redha, yang penting pegi sekolah dapat jimba-jimba ngan kawan main galah panjang , getah, konda kondi, dan permainan rakyat yang seumpama dengannya. Jahatkan bukan nak belajar , seronok nak jimba-jimba : )

Kalau start cite zaman kecil sampai esok pun tak habis, jom layan masak kicap ikan merah, peberet aku, nyum nyum

Simple je, kicap ikan aku ni tak berapa pedas, cam biasalah kalau nak pedas sila  tambah cili api kampung, biar  melepuh vontot  opsssss.



First sekali goreng ikan merah sederhana garing.


Hirisan bawang merah, putih, halia
serbuk lada hitam
bunga lawang ngan sedikit kayu manis
cili api ngan cili hijau dibelah dua.


Lebur je semua bahan hirisan sampai layu & bau.Aku buh sedikit sos cili,bagi kuah kicap aku pekat, kemudian aku buh kicap kipas udang , sukati korang nak buh yang manis atau masin. Rasa ikut citarasa masing-masing.


Last sekali buh ikan merah goreng, biar agak mendidih kemudian angkat.



Jeng jeng ikan merah masak kicap .


Sayur dalam kehidupan keluarga kami , macam irama dan lagu tak boleh dipisahkan, kalau dipisahkan pincanglah, sila sambunggggggggggggggggg


Simple je goreng ikan bilis ketepikan, goreng bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan timun yang dah dihiris nipis, goreng hingga timun jadi lembut, last sekali masukkan sedikit sos tiram sebagai penambah rasa masin, sebelum angkat buh sikit air.


Jeng jeng jeng timun goreng.

Cite maggi ni timbul  berpunca  malam tadi  , Firdaus  makan nasi ngan ikan kicap nalar punya banyak ,  tengah malam  boleh plak dia nak makan   maggi cawan perisa ayam, boleh gitu, rasa nak cekik-cekik je dia : )

Jumpa lagi dilain hari dan waktu, tak sabau nak cuti deret 4 hari , leganya rasa hati mak 4 hari tak payah nak pandang muka empat segi ni : )

Thursday, February 2, 2012

pencinta ikan merah , ikan merah masak lomak cili api, masak kicap, masak sup , masak kari atau grill

Aku memang pencinta ikan merah-nyanyi cam lagu aku memang pencinta wanita irwansyah.Dari dulu dan selama-lamanya aku suka sangat ngan ikan merah , tak kiralah dimasak apa pun , paling best aku suka dimasak lomak cili api, masak kicap atau masak sup. Tak sempat tunggu weekend, petang semalam aku dah resmikan ikan merah tu. Ingatkan nak masak kicap, dah petang malas plak, aku gril cam Aruan tasik hari tu je , cepat dan mudah.





bahan perapan lebih kurang cam hari tu cuma bezanya aku tambah yogurt , lengkuas ngan sedikit rempah kari.

Bahan untuk perapan

1)kisar 5 biji cili masak , bawang putih & lengkuas & serai & halia
2)sedikit kicap cair
3)sedikit madu
4)sedikit rempah kari & black pepper
5)yogurt
6) hirisan dari 5 helai daun kunyit
7)minyak bijan






Inilah dia Ikan merah yang aku grill , korang ingat tak ? , kalau ingat bagus, itu yang buat aku suka korang  : )





Masukkan ke dalam bekas bahan kisar, kicap cair, madu , rempah kari , yogurt ngan minyak bijan , kacau sekata, kemudian gaulkan ikan merah bersama bahan tadi, perap dua jam atau semalaman . Jangan lupa gaulkan ikan merah ngan sedikit kicap cair sebelum diperap. Taburkan hirisan daun kunyit sebelum digrill  30 minit pada suhu 200 darjah celcius guna api atas  bawah.




Juadah petang semalam

ikan merah grill ngan sos pencicah
grean peas ngan capsicum kuning goreng bawang putih



Isi ikan merah lagi lembut dibandingkan ngan ikan Aruan tasik.




ikan merah grill bersama sos pencicah



grean peas ni dah jadi kegilaan Firdaus , dalam minggu ni je dah dekat 3 kali aku goreng .



Semenjak sekolah ni badan Firdaus susut sikit, makan selera je , mungkin penat kot. Dia kurus cam tak best, nak cubit dah tak de isi, aku suka gomol -gomol dia sebelum tidur.



Jumpa lagi dilain hari dan waktu, rasa lama je masa berjalan bila kat opis, bila kat rumah cepat je.

Sunday, January 29, 2012

penyiksaan , penyiksaan jugak, Juara lagu malam ni jangan lupa.

Malam tadi aku tidur lambat lebih kurang pukul 1, terbangun awal pukul 3 dari duk sorang terkebil-kebil aku bukak lappy meraban-raban pegi dari satu ke satu blog. Hampir 2 tahun berblog jarang aku buat blog walking, malam tadi boleh plak aku pegi follow blog orang.

Orang kata kalau telinga nipis, bunyi sikit pun cepat tersedar. Malam tadi , tak bunyi apa pun, cuma aku tak tahan dengar nafas Firdaus bunyi kuat sangat sebab selsema. Aku tengok dia syok je tidur sok sek sok sek, aku plak menderita jiwa dan raga kasihan nengok dia.Esok kalau tak dia okey lagi, aku nak bawak gi klinik.

Bila anak -anak tak sihat mood aku nak masak kureng, masak pun lauk -lauk orang kurang sihat. Aku masak sup ikan ngan goreng kobis + carrot je. Lega dah gosok baju sekolah Firdaus, tolong dia susun buku sekolah, esok pagi tak de lah kelam kabut.


Malam ni nak lepak nengok juara lagu, wajib tengok InsyaAllah, yang mingguan aku tak pernah layan, aku layan final je . Jangan Najwa latif menang udah, opsssss kalau dah rezeki dia menang , nak buat cam mana ye dak. Aku tak boleh target kali ni sapa yang juara, aku tak sabar nengok persembahan Faizal Tahir ngan shila hamzah je, dorang tu penghibur. Jangan marah aku tak berapa tahu pun, sapa yang masuk Final, aku tahu pun 2 -3 kerat je.Poyokan aku, berkobar-kobar macam tahu sangat.


Kobis goreng + carrot


Sup ikan tebal pipi kot, aku pun tak dapat nak agak, main rembat dari dalam esbok. Kalau nak resepi sup ikan petik je belah kiri ni, semua ada macam gosok lampu Aladin. his his bila nengok gambar sup ikan ni , aku rasa cam ada kekurangan je, ooooo lupa tabur daun sup, kira halal lah
: )





Part paling best Firdaus ni , walaupun sakit selera tak pernah sakit, berselera je ngan nasi lagi lah kalau ada sup ngan sayur : )




Jumpa lagi dilain hari dan waktu,jangan lupa tonton final juara lagu malam ni kat TV 3.



Tuesday, January 17, 2012

Hidangan aneka sayur - kobis cina, timun, carrot, bendi-baca sampai lebam

Janji-janji manis hari tu , hari ni aku tunaikan bagi resepi nasi goreng cina. Resepi nasi goreng cina ni untuk yang berminat je, yang tak berminat, paham-paham sendiri udah : ) mak ni bukanlah mahir sangat dalam selok belok memasak ni, saja nak tunjuk terror sesekali , boleh ye dik nun. cite kali ni panjang sikit, baca sampai lebam ye, tak pun baca sampai pecah darah.kah kah kah kah


Nasi goreng cina

Bahan-bahannya

1)sekeping dada ayam- hiris/potong kecil kemudian gaulkan ngan kicap cair
2 6 ulas bawang putih dihiris
3) sedikit hirisan kobis cina
4)1/2 batang carrot di potong dadu (kalau suka boleh buh mix vege) aku tak suka, memang   x  kan mix vege , aku trauma termakan mix vege basi dalam nasi goreng cina kat  sebuah  kedai ,  sejak dari tu  mak scary ngan mix vege, jalan paling selamat mak potong dadu je carrot tu sendiri. Sesiapa yang ada guna mix vege mak tak marah ye, mak cakap ni mewakili diri mak sendiri, kat blog kena explain betul-betul, takut ada org  yang salah penerimaan : ).
5)sedikit sos tiram penambah rasa.
6)sedikit kicap cair sebagai penganti garam
7)sedikit minyak bijan
8)dua biji telur.



cara-cara membuatnya

1)Tumiskan hirisan bawang putih hingga layu dan naik bau ketepikan ditepi kuali
2)masukkan isi ayam , kacau hingga separuh masak ketepikan ditepi kuali
3) masukkan carrot yang dipotong dadu, kacau hingga empuk ketepikan ditepi kuali
4)pecahkan dua biji telur , kacau hingga garing sepenuhnya, kemudian masukkan kobis cina.
5)Masukkan nasi sejuk,buhkan sedikit sos tiram ngan kicap cair kacau hingga semuanya bergaul, guna api kuat semasa mengacau nasi goreng, akhir sekali titiskan 2-3 titik minyak bijan.Kacau, angkat dan sedia dihidang.

Habis part nasi goreng kita ke part hidangan aneka sayur lah sangat.keh keh keh

Bendi goreng udang kering

Bahan -bahan

1)17 batang bendi muda  sederhana besar
2)6 ulas bawang putih kisar ngan 1/2 gengam udang kering yang sudah dibasuh berseh
3)1sudu besar cili kisar
4)3)sedikit sos tiram

cara-cara membuatnya

1)Basuh bendi kemudian tuskan.
2)Tumis bawang putih yang dikisar ngan udang kering tadi hingga naik bau kemudian tumis cili kisar hingga pecah minyak
3) Kecikkan api, hiris semua bendi terus ke dalam kuali, sambil mengacau.
4)Masukkan sedikit sos tiram sebagai penambah rasa, kacau sebentar, sebelum angkat buh sedikit air.


Timun goreng ngan bawang putih

Anak-anak aku bab sayur tak memilih, jangan goreng peria udah memang dorang x kan peria, Aku plak berhantu ngan peria memang peberet sangat.Kalau dalam esbok tak de sayur , timun pun aku bantai , kena cara mengorengnya sodap : )


Bahan-bahannya simple je

1)sebatang timun dikupas kulit-potong ikut suka
2)6 ulas bawang putih hiris nipis
3) sedikit daun bawang hiris kasar
4)sedikit sos tiram


Cara membuatnya

1)Tumis bawang putih hingga naik layu dan bau-ketepikan ditepi kuali
2)masukkan timun, kacau hingga lembut-guna api sederhana
3)akhir sekali masukkan sos tiram, sebelum angkat buh sedikit air diikuti ngan hirisan daun bawang .


Timun goreng bawang putih-tedap




Okeylah sampai sini je, buat masa sekarang ni, aku kena kurangkan aktiviti menghadap lappy pada waktu malam, mengajar   Firdaus membaca dan menulis harus diberi keutamaan, almaklumlah dia tahun satu masih banyak benda   kena belajar. Kalau ada kesempatan buat BW pun , waktu subuh.harap maklum ye :  (

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina