Monday, January 30, 2012

Suatu hari di malam Anugerah juara lagu 2011

Tahniah Karma Faizal Tahir merangkul lagu terbaek 2011. yeah yeah yeah tepuk tangan sama-sama . Jangan pelik ye, ini blog aku , suka hatilah nak bagi sapa menang.kah kah kah. Faizal tahir ada pakej lengkap sebagai penyanyi merangkap penghibur, sapa yang tak suka faizal tahir jangan merempan dengan statement ni, sila main jauh-jauh. Entah kenapa setiap kali dia nak mulakan persembahan, aku rasa teruja, tak sabar nak tengok, aku suka atittude dia . Lagu-lagu dia semua aku suka. Lega Najwa latif tak menang opssss, maafkan mak kadang-kadang terober.


Kasihan geng aku sorang ni , gara -gara suami pegang remote control , dia tak dapat nengok juara lagu from A to Z. Geng kena redho, redho tu ikhlas, pasrah tu menyerah.kui kui kui. Kes cam tu aku dah biasa, nasib baik sipemegang remote control(suami) tak de malam tadi , pegi ambik ikan merah kat pengkalan, cantik je time dia balik dorang tengah umumkan pemenang .

Syukur Allah SWT makbulkan doa aku nak nengok juara lagu ngan tenang tanpa gangguan dari mana -mana pihak.kah kah kah . Geng cam tu ko tak nengoklah Jamal Abdillah ngan Awie beraksi malam tadi, pukul habis wa cakap lu, sampaikan Firdaus kata Awie tu kawan aku. Cis apa barang sikatik tu kawan aku, opssss kalau awie terbaca blog ni, harus aku kena kapak : )


Lihatlah doniya................realitinya Firdaus takut, aku paksa dia senyum, barulah meriah , aku mak yang kejamkan.kah kah kah Sila abaikan gambar sipemegang remote control kat belakang tu.

Jeng jeng tak sia-sia sipemegang remote control keluar di malam Final Juara Lagu , hasilnya lumayan dapat ikan merah gitu. Sesuaikan cite ni ngan tajuk : )


Tepek dua gambar baru puas hati. InsyaAllah minggu depan dorang balik baru aku , masak ikan merah ni, makan ramai-ramai best sikit .




Dekat rumah korang sapa yang memiliki kuasa penuh memegang remote control? kah kah kah

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina