Sesiapa yang berminat nak cuba buat nasi ayam hainan sila ambik resepi kat sini ye, pada yang tak berminat pandang je lah : )
Bahan-bahan untuk sos cili
1)6 biji cili besar
2)3 ulas bawang putih
3)1/2 inci halia
kisar semua bahan
Masakkan bahan kisar dalam kuali, campurkan sedikit air, biar agak mendidih,didihkan guna api sederhana.Untuk rasa masam masukkan sedikit cuka atau sesudu besar cili sos . Akhir sekali masukkan gula, sedikit garam ngan parasa. Pekat kan sos cili ngan 1 sudu kecil bancuhan tepung ubi atau tepung jagung.
Kicap cair campur sedikit sup
Jom layan kisah jagung plak


Hari tu masa aku pegi pasar malam nak cari sayur, Firdaus suruh aku beli jagung rebus, tak de plak orang jual jagung rebus masa tu, dia nampak plak orang jual jagung mentah, dia suruh aku beli, habis tu nak buat cam mano, kenalah beli. Nak rebus jagung yang aku malas : (, nasib baik jagung manis ni , tak ambik masa lama nak empuk, buh lah garam lebih sikit, nanti jagungnya rasa lemak manis.
Aksi meleraikan biji jagung dari tongol mengunakan pisau tu bukan menunjukkan yang suami aku nak buat bubur jagung, itu semua nak memudahkan firdaus makan jagung tanpa mengunggis tongkol , nanti tak lah memudaratkan gigi Firdaus yang hampir nak patah, katanya suami aku : ).
Senanglah Firdaus nak makan jagung rebus ni sebab suami aku dah siap leraikan isi dari tongkol jagung,
Jumpa lagi dilain hari dan waktu, hai nasiblah badan, lagi banyak orang kutuk kita, lagi banyak rezeki masuk , aku kat sini goyang kaki je. Cian aku tengok orang tu duk meroyan sorang-sorang : )
Jumpa lagi dilain hari dan waktu, hai nasiblah badan, lagi banyak orang kutuk kita, lagi banyak rezeki masuk , aku kat sini goyang kaki je. Cian aku tengok orang tu duk meroyan sorang-sorang : )