Showing posts with label jagung madu. Show all posts
Showing posts with label jagung madu. Show all posts

Thursday, June 28, 2012

balak pasar malam

Ye ke pasar malam dan kita tak dapat dipisahkan, kalau ye sila angkat tangan. Entah kenapa asal hari rabu ngan khamis je kepala hotak  aku dah berkira-kira nak pergi pasar malam. Lihatlah betapa hebatnya penangan pasar malam dalam kehidupan kita. Cerita pasal pasar malam mengingatkan aku,  ketika aku  belasan tahun aku kerap  menemankan kawan beli  sayur sambil mata liar memerhati  balak balak  kat pasar malam.Bukan aku ye kawan aku. Masa umur aku belasan tahun aku  masih terbodoh tak pandai melaram sampailah habis sekolah.Bila dah habis sekolah menengah barulah aku nak start belajar melaram. Belum tamat  belajar melaram aku terus lompat kelas belajar mengurat tak sempat mengurat panjang  aku terus kahwin. la la la kalau nak cita panjang  lebar  sampai esok pun tak sudah.

Hasil rembatan kat pasar malam kejap  tadi

satu kerugian yang tak berapa besar bila  aku pergi pasar malam tak beli otak-otak.
Jagung rebus wajib beli
Tak ade apa yang lebih mengujakan aku selain dari mee goreng, kueh teow goreng  , bihun goreng dan makanan yang seumpama dengannya.



Okeylah ye cukup sampai sini je *mataakupundahngantuk*


Sekadar luahan hati

Bila kita rasa diri kita kaya barulah kita ada keinginan  nak membantu orang kaya. pelik

Monday, January 16, 2012

Jagung manis ada ; resepi sos cili ayam steamed & hainan terbaek-2 in 1

Petang semalam lepas makan kat fruity bakery & cafe , yuyi hantar aku balik ke rumah. Masa sekarang ni  cepat sangat berjalan,bila difikirkan jadik takut plak, baru duk basuh kain baju  dah pukul 5.30, duk lepak jap update blok, pukul 6.30 aku gerak masak, masak simple je nasi ayam hainan, pada akulah masak tu paling simple dan mudah. Nasi ayam hainan ni peberet suami ngan firdaus.



Sesiapa yang berminat nak cuba buat nasi ayam hainan sila ambik resepi kat sini ye, pada yang tak berminat pandang je lah : )

Sos cili terbaek konon, dah suami aku cakap sedap, mestilah terbaekkan : )

Bahan-bahan untuk sos cili

1)6 biji cili besar
2)3 ulas bawang putih
3)1/2 inci halia

kisar semua bahan

Masakkan bahan kisar dalam kuali, campurkan sedikit air, biar agak mendidih,didihkan guna api sederhana.Untuk rasa masam masukkan sedikit cuka atau sesudu besar cili sos . Akhir sekali masukkan gula, sedikit garam ngan parasa. Pekat kan sos cili ngan 1 sudu kecil bancuhan tepung ubi atau tepung jagung.


daun salad tak de , aku bantai hirisan timun, okey gak.


Kicap cair campur sedikit sup

Sup ayam

Nasi ayam

Firdaus punya : )

Nampak tak muka budak happy dapat makan nasi ayam hainan, dah lapar sangat tu.


Jom layan kisah jagung plak

Firdaus ngan suami aku ni hantu jagung, pantang nampak orang jual jagung rebus , mesti nak beli. Aku plak kureng ngan jagung zaman sekarang ni, cam tak puas makan,manis ngan  lembut semacam je, pilihan aku tetap jagung dolu-dolu, biarpun nak merebusnya memang hazab makan masa berjam-jam, tapi rasanya lemak berkrim dipendekkan cerita memang sedap banget : )





Hari tu masa aku pegi pasar malam nak cari sayur, Firdaus suruh aku beli jagung rebus, tak de plak orang jual jagung rebus masa tu, dia nampak plak orang jual jagung mentah, dia suruh aku beli, habis tu nak buat cam mano, kenalah beli. Nak rebus jagung yang aku malas : (, nasib baik jagung manis ni , tak  ambik masa lama nak empuk, buh lah  garam lebih sikit, nanti jagungnya rasa  lemak  manis.


Aksi meleraikan biji jagung dari tongol mengunakan pisau tu bukan menunjukkan yang suami aku nak buat bubur jagung, itu semua nak memudahkan firdaus makan jagung  tanpa mengunggis  tongkol , nanti tak lah memudaratkan gigi Firdaus yang hampir nak patah, katanya suami aku : ).



Senanglah Firdaus nak makan jagung rebus ni sebab suami aku dah siap leraikan isi dari tongkol jagung,



Jumpa lagi dilain hari dan waktu, hai nasiblah badan, lagi banyak orang kutuk kita, lagi banyak rezeki masuk , aku kat sini goyang kaki je. Cian aku tengok orang tu duk meroyan sorang-sorang : )

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina