Sunday, January 8, 2012

Robert kuok raja gula , Firdaus raja nasi ; menu sup ikan ; goreng green peas

Panaskan cuaca dalam bulan ni?, malam tadi kat kawasan rumah aku ni hujan, tapi tak berapa nak lebat. Cuaca cam ni punya panas buat aku kesian ngan suami yang keluar kelaut subuh tadi, cuaca panas kat laut ni dua kali ganda dari cuaca panas kat darat. Nak buat cam manakan dah hobi dia, ada gak berbaloinya bila dia bawak balik ikan, kurang sikit aku punya perbelanjaan dapur : ), hakikatnya aku tak kisah pun sekiranya dia balik tangan kosong, pada aku yang penting dia selamat kat laut dan balik ke rumah.

Aku bercadang bila cuaca redup sikit ,nak bawak Firdaus keluar cari seluar baju basahan dia tuk pakai kat rumah. Macam dah lama je tak beli seluar baju basahan dia. Malam tadi aku suruh dia tidur cepat, aku bagitau dia "Firdaus ,esok ikut mak keluar ye, kita beli seluar baju basahan Firdaus". "Mak ! apa seluar baju basahan tu? Dia tanya ngan muka blur. "alah seluar baju pakai kat rumah, dahlah tu cepat tidur". Sempat lagi sebelum lelap , "mak ingat, jangan beli seluar baju basah". Firdaus ni makin di layan makin menjadi, lebih baik aku buat bodoh je , aku buat-buat tutup mata, nampak aku tutup mata, dia pun lelap.

Tukar cite masaklah plak, time cuaca panas cam ni aku kurang sikit masak yang pedas-pedas, takut tekak kering, nanti batuk. Tengahari semalam aku masak goreng green peas ngan sup ikan tebal pipi, ikan ni, hasil pancingan suami minggu lepas.




Cara aku mengoreng sayur yang agak lambat lembut/empuk contohnya carrot, kobis bunga atau green peas ni, aku akan celurkan sekejap sayur dalam air panas mendidih yang dibubuh sedikit garam. Selepas mencelur green peas ngan carrot tu, sejurus angkat aku tus dan gaulkan ngan sedikit minyak.

Bahan-bahan tuk mengoreng green peas

hirisan bawang putih
kicap cair
sos tiram
fillet atau isi ayam hiris nipis, gaulkan ngan sedikit kicap cair , kemudian digaul ngan sedikit tepung jagung atau tepung ubi.
hiris sebelah dari sebiji capsicum merah
green peas & carrot yang sudah dicelur





1)Tumis hirisan bawang putih hingga layu, ketepikan
2)Tumis isi ayam, kacau hingga separuh masak , kemudian kacaukan sekali bersama tumisan bawang putih tadi.
3)Masukkan hirisan capsicum merah, kacau sekejap
4)masukkan green peas ngan carrot, kacau sekejap
5)bubuh sedikit kicap cair sebagai garam ngan sos tiram sebagai penambah rasa.
6)Bubuhkan sedikit air, kacau sekejap , angkat sedia untuk dihidang






5 ketul ikan tebal pipi

Bahan-bahan untuk sup ikan aku simple je,

1) 5-6 ulas bawang rose dihiris ngan 5 ulas bawang putih dihiris
2)halia sebesar ibu jari dihiris bulat-bulat ,
3)2 sudu besar rempah sup ikan ADABI
4) sebatang carrot potong ikut suka
5)sebiji tomato potong baji
6)oleh kerana tak de daun saderi, aku bantai buh hirisan daun bawang je,

Resepinya boleh langgan kat sini secara percuma , ingat hati nak terus bagi resepi, tiba-tiba rasa malas plak bila terkenang bertimbun keja yang nak dibereskan : )


Sup ikan tebal pipi



Firdaus ni , kalau tak banjirkan nasi ngan sup tak sah .



Masa tengah makan firdaus bagitau "mak, nanti boleh tak Firdaus bawak bekal nasi ke sekolah?, mak letak dalam bekas , buh nasi ngan sayur cam ni pun okey". Aku terkedu, aku gosok-gosok kepala dia "ko ni memang raja nasi kan". Dengar aku cakap cam tu,dia ketawa terkekeh-kekeh Patutlah dalam minggu ni je, asyik ulang ayat "kat kantin sekolah Firdaus ada nasi ngan ayam goreng , macam sedap je", ooo rupanya ada udang disebalik mee, nak bawak bekal nasi ke sekolah rupanya. Firdaus ni, bagi je lah makan apa pun, akhir sekali mesti nak nasi. Tak pelah, masa keluar petang nanti, cari bekas isi nasi & lauk dia sekali, aku rela bawakkan dia bekal nasi dari beli makanan kat kantin sekolah : )

Okeylah ye, sampai sini je, aku nak kemas apa yang patut, sebelum bawak Firdaus beli seluar baju basah , keh keh keh, seluar baju basah tu bahasa Firdaus : )


Selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina