Tuesday, March 8, 2011

Penamak

Jumpa lagi hari selasa....Sekejap je tahun 2011 dah masuk bulan March.

Dua tiga hari ni aku batuk teruk sangat, terpaksa kurangkan makan benda berminyak ngan sejuk. Nasib baik aku boleh layan makan nasi ngan sup atau tomyam. Sambal boleh di katakan kurang sangat.Kalau ikan , aku suka ikan kuah.

Kalau pergi seafood memang confirm aku ambik ikan stim, tak kiralah stim nyonya , cili padi atau sos. Kalau ikan dah bergoreng garing, aku tak dapat rasa nikmat nak makan ikan tu. Ini pendapat aku je. Nasib baik dapat suami yang punya citarasa yang sama ngan aku.

Jom layan resepi sup ikan , cara campak-campak. gambar ni dah lama aku ambik masa buat sup ikan 21/2 hari tu. Bila buat sup ikan malam tadi, teringat nak ambik balik gambar tu, nak tepek resepi.



Tomato terpulang nak beberapa biji.



Bawang kuning hiris, halia potong besar-besar , bawang putih hiris ngan daun sup + bawang hiris halus.



2 sudu rempah sup bancuh ngan sikit air.



Ikan basuh bersih.



Tumis sikit bahan bahan hirisan ngan minyak sedikit sangat.Tumis sampai naik bau. Masukkan rempah sup, tumis sampai pecah minyak. Bila sup dahmendidih, bubuh garam . Biar kuah mendidih lama sikit, lepas tu baru masukkan ikan tadi. Masak sekejap je, last sekali tutup api, bubuh daun sup ngan bawang yang dah dihiris halus.

Ini sup ikan malam tadi. Sebenarnya dah lama aku tak masak, hari bekerja. Petang semalam , tiba-tiba je teringat nak makan sup ikan . Firdaus ajak makan kedai, sebab dah lapar sangat, sebab aku balik pun, dah dekat nak pukul 7 malam. Aku terus pujuk dia, " sabar ye , sekejap lagi mak masak sup ikan best tuk Firdaus," terus dia diam sambil sengih-sengih.



Nak tunjuk terserlah punya penamak, aku buat sup ikan sampai satu periuk besar.Kalau kat rumah, buat sup banyak cam ni tak perlu risau garenti habis.



Mestilah ada sambal ikan bilis + cili masak + cili api blender kering .Selalu buat sambal belacam makan ngan sup, kali ni saja tukar selera. Sambal yang tak berapa pedas untuk suami.



Kali ni aku letak kentang, saja nak buat stok geli-geli. mantop tak?



Tak tahulah bila part makan, memang aku suka tempek gambar Firdaus buat penyeri majlis kata kan.



Tengok tu muka kegembiraan.



Lagi muka gembira bila dah dapat makan.


Senyum tapir : Insyaalah balik ni, plan nak masak ikan masak rempah, kalau tak berubah fikiran ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina