Saturday, March 5, 2011

seluar sauna

Selamat berhujung minggu bersama family tersayang.......................


Hari ni aku tak kemana-mana, nak keluar pun susah sekeliling rumah buat kerja kahwin. Sampai nak bukak pagar pun susah. Kalau dipikir balik, adalah lebih baik dorang ni, buat kerja kahwin kat dewan orang ramai. Bila duduk kawasan rumah teres, kalau ada kerja kahwin memang terasa sangat, sebab sepanjang jalan rumah kita semua ada khemah kahwin, tiba-tiba tension pulak. Aku ni, pemalu orangnya, nak bersua muka ngan orang terlalu ramai pun dah gabra.

Tak payah cerita pasal tension tension, serabut jadinya.. ni aku nak cerita pasal kejadian kat ofis minggu lepas, mak datok punya lama, baru nak cerita. Tempat duduk aku kat ofis bertentangan ngan seorang kawan perempuan. Aku ngan dia dipisahkan ngan komputer, jadi apa-apa aktiviti dia membabitkan ngan komputer, aku tak dapat tau. Selalunya kalau kami bercerita pun pasal gosip artis, yang disearch melaui cari.com.

Urusan jual beli online, memang dia tak pernah pun beritahu. Aku pun tak nak ambik peduli , itu hal personal dia. Lebih kurang pukul 3 petang, boss datang kat meja aku, kami berbincang pasal kerja sikit. Masa asyik masyuk berbincang, datang budak despatch bawak kotak yang bersize sederhana dan tak berbalut cari kawan yang aku cerita tadi. Boss ngan aku berpandangan sesama sendiri. Aku tersipu-sipu malu. Boss aku pulak pandang ngan ekor mata kotak tu.

Memandangkan kawan aku tak de kat tempat dia, budak tu suruh aku cop ngan sign bagi pihak dia. Lepas tu aku letak kotak tadi kat meja budak tu. Sialan betul yang jual barang tu, boleh pulak kotak tak dibalut, tertera perkataan besar seluar sauna, bersama gambar seluar sauna tu. Hampehhhh buat malu je depan boss, mesti dia ingat kita orang ni, tak de kerja lain guna internet buat beli barang online.

Yang bestnya, bila kawan aku tengok kotak tu dia pandang aku tersengih-sengih. Mestilah dia malu gak, pecah rahsia dia beli seluar sauna. Apa lagi dia terus call company yang jual seluar sauna, tanya kenapa kotak tu tak dibalut.

Kita pun kalau pergi kedai runcit beli tuala wanita, mesti suruh dia balut ngan kertas. Kalau kat pasaraya tak pe lah, dah bercampur ngan banyak barang, orang tak perasan, waima apa barang pun yang membabitkan personal ni, kalau boleh kita nak selindung tak nak orang tahu..


Senyum tapir : Pernah tak korang kena saat -saat yang ahhhh ahhhh malunya.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina