Nampak tu, jari telunjuk dia yang mengarahkan aku membaca.
Seronok tengok Firdaus belajar semalam. Dia buat nakal lagi, kali ni dia mendesak "kalau mak nak dapat bintang, ikut Firdaus baca semua ni". geram je aku dengar. malas nak layan.
Nasib baik dia ada, penghibur tension seharian kat opis ngan komputer rosak. Lepas tu orang yang tukang repair, semedang kata sibuk. Senang je, kalau tak nak buat cakap, aku ni tak suka sangat orang bagi seribu satu alasan.
Bab tu satu, ini bab boleh kata sedara bau bacang, sibuk duk call ngadu problem rumahtangga. Aku ni tak suka sangat nak amalkan konsep dengar masalah rumahtagga orang. Bagi aku masing-masing punya tangga , masing -masing jaga. Bukan apa, dulu pernah terjadi tolong kawan baik punya pasal, ada kes rumahtangga, dia dah baik semula, kita jadi mangsa. ohhh serik.
Prinsip aku mudah, kalau dah kahwin , tak suka, pergi cerai habis cerita. Nanti bila aku bagi nasihat cam tu , dia nak melenting. Habis tu dok mengongoi cam orang laki mati, kenapa?, suspek laki ada perempuan lain kenapa? Aku ni jenis tak paham, kalau perempuan duk sibuk suspek laki ada perempuan lain, sampai diri tak terurus.
Ada ke patut, nak gelak guling aku, dia bagi no handphone perempuan yg dia suspek ada affair ngan laki dia, suruh pulak aku call.Apalagi, aku terus sound direct , sorry ye aku bukan kg. Bab amalan serang-serang orang ni bukan amalan aku. Aku jenis tak akan nak serang perempuanlah, waima laki aku sendiri buat cam tu. Aku dah set dalam otak, tak suka nak bebankan diri ngan masalah rumhtangga sendiri atau orang lain. Bagi aku mengadu ngan kawan atau sesiapa saja pasal rumahtangga, tak boleh menyelesaikan masalah .
Kalau Bab ni aku beri kata dua je kat lelaki tu, suka stay, tak suka go to hell. Apasal perempuan suka nak malukan diri sendri , bila bab ni. come onlah, ko ingat tak de laki , dunia ko kiamat ke. Kumbang bukan seekorlah. Semalam aku hentam dia cukup-cukup. Aku warning dia, jangan sesekali cakap ko tak de tempat bergantung, sebab dia tahu cam mana sejarah hidup dulu kala aku, yang aku tak sudi nak berkongsi dalam blog ni. Terlalu peribadi. Yang penting aku benci sangat kalau perempuan nak menyerang perempuan lain kerana seorang lelaki. Tak tahulah rasa cam jatuh je mertabat kaum perempuan.
Senyum tapir : Bila masuk bab kawan yg sorang ni, aku hilang mood. Aku boleh dengar lagi kalau aduan pasal kewangan yang meleset, tapi kalau pasal rumahtangga aku rasa cam aksi mengeli geleman sampai, benda yang paling tak berfeadah aku rasa dalam dunia ni nak dengar.