Petang semalam beli sayur -sayuran pilihan Firdaus, aku yang suruh dia pilih sayur yang dia suka, dalam waktu yang sama aku perhatikan jugak tingkah laku dan gerak geri dia, takut dia rembat barang lain, dia kan sesuka hati je ambik barang cam pasaraya abah dia : )
sayur-sayuran pilihan Firdaus
kobis cina size kecik ni sodap, rasanya manis, Firdaus suka aku goreng sayur ni ngan sos tiram dan bawang putih.
sweet peas ni sedap goreng ngan carrot.
Aku beli sekali nenas , nak buat jelatah , gara-gara tak puas suami tak puas makan jelatah, minggu lepas kawan yuyi ada mintakan aku masak ayam masak merah, aku buatkan dia ngan jelatah mentah sekali , suami adalah makan jelatah tu , khabarnya tak cukup , itu yang dia suruh aku buat kali kedua.
Lenkali tak nak beli buah yang diwrap cam ni, serik , atas elok tengah banyak yang bercendawan. Suami aku pun heran kenapa aku boleh beli anggur kat pasaraya, habis tu Firdaus teringin sangat, dah tak menyabo, aku rembatlah satu pack. Lenkali kalau aku nak beli buah suami pesan suruh bagitau dia , nanti boleh dia belikan kat gerai buah kawan dia .
capsicum merah
carrot Australia
Aku masak ikan pari hasil pancingan suami , buat masak sambal ngan kari.
mengoreng ikan pari ni adakala merumitkan, ikan mudah je nak meletup dan melekat, nak elakkan melekat buh sedikit garam dalam minyak, goreng dalam minyak banyak dan panas, guna api sederhana.
Aku suka masak kuah dalam kuali, senang nak menumis dan mengacau.
Kari ikan pari, resepi sama cam resepi kari ikan yang lain , kalau nak jugak jugak jugak resepi sila langgan disini.
sambal ikan pari, resepi sama ngan sambal ikan yang lain, cuma bezanya aku gantikan air asam jawa ngan sedikit cuka, nak resepi langgan secara percuma kat sini ye .kui kui kui , kali ni aku guna cili kering yang dikisar ngan sedikit bawang putih dan merah.
Bahan-bahan tuk jelatah mentah, hiris nipis semua bahan .
kisar segengam udang kering.
Gaulkan semua bahan hiris ngan udang kering kisar dalam satu mangkuk besar, perasakan ngan gula garam dan cuka.
Sedap jugak layan jelatah bersama nasi panas ngan sambal ikan pari.
Rasa nak cepat balik rumah hari ni, tak sabar nak dengar Firdaus cite pengalaman hari pertama dia kat sekolah .