Showing posts with label Nasi goreng kampung. Show all posts
Showing posts with label Nasi goreng kampung. Show all posts

Tuesday, October 23, 2012

Pagi selasa aku ; sarapan pagi ; nasi goreng kampung ; ikan masin hasil tangan suami

Sarapan pagi ; Tengok mood, tengok tahap  kerajinan, tengok situasi  serta tengok kreativiti aku ; yes pagi ni aku bangun pukul 5 pagi dah tentu-tentu hari ni  diri aku dilimpahi dengan  mood kerajinan serta segala mood yang ada dalam dunia ni dan segala  kreativiti .*hazabkan*Betul ke orang kata bila  kita sakit hati otomatik segala mood layu kita sebelum ni  kembali normal?.Itu orang kata kalau tak betul sila marah orang.

Kreatif ke?Tiada cara lain lagi  makcik atau mak macam aku ni nak berkreatif  selain dari mengkreatifkan  nasi semalam atau nasi malam tadi menjadi segala jenis nasi goreng. *buhsankan*

Buhsan atau tidak korang kena hadap gak nasi goreng kampung aku ni, ye dak?





Bahan-bahan untuk membuat nasi goreng kampung

1)ikan bilis sengenggam-basuh berseh kemudian kisar  kering sederhana halus
2)dua biji telur 
3)beberapa biji cili api(saper suka pedas yang berlebih- lebihan  boleh tambah cili api)-kisar halus
4)4 ulas bawang merah dan 4 ulas bawang putih-kupas kulit , basuh , hiris dan kisar kering sederhana halus
5)garam dan secubit serbuk perasa

Tak kiralah samada nasi semalam atau nasi baki malam tadi

Cara-cara membuat nasi goreng kampung
1) nasi digaul rata   dengan sedikit garam
2)Tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak-guna api sederhana
3)pecah kan dua biji telur tadi -biar hingga sedikit garing
4)Masukkan nasi yang dah digaul rata dengan garam-kacau nasi hingga semua bahan tumis bergaul -guna api besar
5)Bila nasi goreng dah mengeluarkan aroma  nasi goreng  masukkan secubit serbuk perasa kemudian  barulah diangkat dan dihidangkan*dasatkan aroma nasi goreng-ko mampu*








 Cukuplah untuk  3 orang makan ye dak.
 Ikan masin hasil tangan suami tak pernah mengecewakan -saper makan boleh mengigaukan suami aku
 Jemput makan nasi goreng makan bersama dengan sedikit ikan masin goreng -tedap :)





Sekadar luahan hati

Aku jadi takut dengan orang yang sanggup memutar belit kenyataan demi kepentingan diri sendiri : (betul gak statement seorang blogger tu : zaman sekarang ni susah kita  nak percaya  dengan orang.




Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini

Sunday, September 2, 2012

Mari memasak diwaktu malam


Entah kenapa mood memasak aku untuk hari ni langsung tak de.Mood memasak tak de tu selalunya berlaku bila aku tak mempunyai selera nak makan. Serius nampak sangat aku mementingkan diri sendiri di situ.Nasib baiklah aku dapat suami dan anak-anak yang tak cerewet bab makan.

Yang kelakarnya tuh mood memasak  tak de boleh plak datang  mood aku  nak membasuh bekas dan balang biskut raya yang dah kering kontang.Serius aku tak pernahlah serajin ni  , selalunya kalau aku rajin  pun paling awal  di penghujung syawal.*spesis malas*

Nasi goreng kampung menu makan tengahari aku untuk hari ni
 maggi goreng plak menu makan malam aku untuk  hari ni
Maggi goreng makan bersama ngan kicap cair yang dicampurkan hirisan cili api ni menjadi peberet suami -eh eh malam ni suami aku tak nak makan ngan cili api , sakit perut  katanya .

Menu diatas adalah jawapan untuk orang -orang yang tak de mood memasak macam aku ni.


Entah kenapa, malam ni   bila aku terpandang  nama Tihara kat chat box aku ,  hati ni  terasa rindu  sangat  dengan blogger kisah kehidupan  . Al-Fatihah  untuk arwah.

Tuesday, July 17, 2012

Nasi goreng kampungku yang indah lagi permai


yes I love kampung very the much. Bestnya orang yang ada kampung halaman.Tipulah kalau aku cakap yang aku tak pernah ada kampung halaman tapi  apa guna ada kampung halaman bila semua  dah tak de ye dak.. Saper yang ada kat dalam kampung halaman? saper nak jawab soalan tu?mereka dan keluarga merekalah yang kena jawab.

Jomlah heboh opsss jomlah kita mengoreng nasi kampungku yang indah lagi permai : )

Nasi goreng kampungku ni bukan stok lama ye , ia baru dibuat dua hari lepas.terimak
Ikan masin dijudukan ngan nasi goreng kampung.mantop
 Bahan-bahannya amat mudah ye ibuk-ibuk
1)segengam ikan bilis
2)4 ulas bawang merah &  4 ulas bawang putih
3)2 biji telur
4)4-5 biji cili api
5)sawi hongkong seikat kecik-siang dan bersehkan ngan air kemudian tuskan
6)bagi menyenangkan ibuk -ibuk rumahtangga kita guna saje 1 kiub ikan bilis maggi sebagai penganti garam dan serbuk perasa.

Bahan 1, 2 , 4 kita tumbuk ala kadar ye . oh lupa cili api tu kena tumbuk agak lumat
 Nasi sejuk  seadanya : )
Tumis bahan kisar sampai naik dan pecah minyak. Bila dah pecah minyak masukkan 1 kiub ikan bilis maggi(jumlah kiub bergantung pada banyaknya nasi) sambil mengacau masukkan sawi hongkong kacau kaup balik kemudian naikkan ditepi kali. Pecah dua biji telur kacau telur  hingga agak garing  .Akhir sekali masukkan nasi sejuk gaul rata  . Nasi goreng hendaklah sentiasa dikacau  mengunakan  api kuat,bila nasi goreng dah mengeluarkan aroma yang membangkit selera,  tutup api bolehlah diangkat dan hidang.*matik nasi goreng beraroma*la la la la 
Jeng jeng nasi goreng kampungku yang indah lagi permai*adakah nasi mempunyai kaitan ngan  indah permai*
Jemput makan nasi goreng kampung  dimakan bersama sedikit ikan masin dan telur goreng.

Aku doakan hajat Puan Marina nak beli kuali baru termakbul, nanti lepas dapat kuali baru bolehlah dia mencuba nasi goreng kampungku yang indah lagi permai ni.la la la



Sekadar luahan hati

Selamat hari jadi sepupuku semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki , doaku  agar  Allah SWT  memberi kebahagian serta  memberkati hidupmu dan keluargamu  didunia dan diakhirat.Amin

Wednesday, July 4, 2012

Jalan -jalan cari sarapan- morning-morning time masak masak inside my house

Merosakkan bahasa orang lain tak pe jangan merosakkan bahasa ibunda sendiri .la la la la Pagi ni no jalan-jalan cari sarapan because my kawan hantar her mother going to hospital her mother ambik darah hari ni.Tomorrow InsyaAllah rancangan jalan-jalan cari sarapan akan bersiaran seperti biasa itu pun sekiranya snek berkacang hijau Miaow Miaow sudi nak menaja rancangan ni.

Dalam dunia ni mana ada keja yang tak penat, tak pandai aku macam orang tu keja sikit tak habis-habis nak berdecit, aku nengok perangai dia yang suka berdecit aku plak rimas, sedih ngan sikap orang cam tu. Malas aku nak cite pasal orang suka berdecit ni , korang tahu tak hari ni   subuh lagi aku dah bangun tung tang tung tang hai nasi goreng kampung sambil nyanyi sambil ketuk kuali  aku buat nasi goreng kampung buh ikan bilis , bawang merah dan sedikit cili api tumbuk -semenjak mesin cili masuk workshop ni kenalah tumbuk-menumbuk guna lesung batu.*dah macam joyahkkan*  Nasi goreng kampung ? rasanya semua  orang pandai buat nasi goreng kampung. kang ada yang muntah plak bila aku tepek sekali lagi resepi nasi goreng kampung.
Satu untuk pamelo
Satu untuk aku siap disisi kanannya ada homemade ikan masin
cili api tumbuk ngan sedikit garam & ikan bilis tumbuk kemudian sangrai ngan 1/2 sudu minyak , perah limau kasturi atau sedikit air asam jawa buh secubit kecil serbuk perasa ngan 1/2 sudu kecik gula.guna api sederhana
Roti Massimo pilihan kami sekeluarga dah lembut gebu , mantop yang penting aku dapat staff price
sumpah aku tak buh jem sebab nak kurangkan makan makanan manis tapi aku buh butter berlambak macam mana tu mestilah macam pi mai pi mai tang tu.lala la la


Sekadar luahan hati

Aku tengah belajar sikit-sikit menjadi orang yang tak berapa lurus sebab dalam dunia ni kebanyakkan orang kurang percaya ngan orang yang lurus-lurus ni ye dak.

Wednesday, June 13, 2012

memuaskan hati sendiri

 ko mampu sepanjang malam tak dapat tidur kerana bahu sakit  tapi tekak plak  teringin nak makan nasi goreng  kampung guna cili tumbuk. Rasa tak puas hati ngan nasi goreng kampung aku hari tu macam sikit sangat. Dah memang sifat lahiriah aku suka buat benda yang memuaskan hati sendiri tapi statement aku ni  bukan  bermakna aku  jenis manusia yang pentingkan diri sendiri .Boleh je pentingkan diri sendiri tapi kenalah bertempat .


Dah lah aku tak moh bebel panjang bertambah sakit bahu aku ni.cite pasal nasi goreng ye.


 cili kering tumbuk , aku guna separuh je lagi separuh aku gorengkan ngan bendi
 
 ikan bilis tumbuk
Kacau sampai nasi goreng mengeluarkan aroma bawang ngan cili kering, faham-faham udah

1)Gaul nasi ngan sedikit garam
2)Tumis  bawang tumbuk ala-ala tak lumat  tadi sampai naik bau dan layu
3)Tumis cili tumbuk sampai pecah minyak -masa menumis guna api  sederhana
4)bila tumisan dah pecah minyak masukkan ikan bilis tumbuk
5)masukkan nasi  sejuk yang dah digaul ngan sedikit garam
6)kacau sekata supaya  bahan -bahan  tumisan bergaul ngan nasi -guna api kuat
7)kalau suka boleh buh sedikit serbuk perasa.
8)bila nasi goreng dah mengeluarkan aroma yang membangkit selera,  tutup api bolehlah diangkat dan hidang.*matik nasi goreng beraroma*la la la la 
 Jemput makan nasi goreng kampung ngan telur goreng ; minuman teh tarik-jarang aku amalkan makan nasi ngan teh  nanti tekak cepat sangat loya*bukan pregnant ye*

 juadah makan tengahari semalam
 Tak sangka bendi goreng  ala ala  bangku macam ni Firdaus boleh suka plak. Simple tapi sedap.

1)balance cili tumbuk
2)2-3 ulas bawang merah ditumbuk
3)5 batang bendi-basuh
4)segengam udang kering dibasuh dan ditumbuk
5)1/2 sudu kecil gula
6)sedikit sos tiram

cara-cara membuatnya

1)tumis bawang tumbuk sampai naik bau
2)tumis cili tumbuk sampai pecah minyak-guna api sederhana
3)Bendi tadi dihiris nipis-nipis terus ke dalam kuali-kaup balik
4)masukkan sedikit sos tiram dan 1/2 tsp gula
5)sebelum diangkat masukkan sedikit air.


 ikan sardin yang aku goreng ni  hasil tangkapan suami .






Sekadar luahan hati

Bangku sangat : orang tu dah hampir dua minggu terlantar sakit kat rumah , bila orang tu dah sihat  sibangku tu main petik-petik "bila start keja?  baru je cadang nak ziarah " cuba jangan hipokrit, boleh tak bangku.



Tuesday, June 12, 2012

rasa lesung batu ngan rasa asap dapur kayu terbukti sedap.

Rindu kat lesung batu aku,  rasa cam dah lama je tak tumbuk cili  pakai lesung batu. Pagi semalam tetiba je tekak  ni teringin  nak makan nasi goreng  mengunakan  cili kering tumbuk. Kali ni aku tak buh rencah ikan bilis aku guna ikan sardin goreng balance makan malam tadi .

Sampai sekarang aku tertanya-tanya akan dua  perkara
1) kenapa masakan kita jadi lebih sedap bila mengunakan cili giling atau cili tumbuk?
2) kenapa masakan kita jadi lebih sedap bila dimasak mengunakan dapur kayu api atau dapur arang?

Tetiba je aku  rindu nak minum  air panas mati  ada rasa asap dapur kayu api .

5 tangkai cili kering potong dan rendam dalam air panas. 
 Tumbuk cili kering bersama sedikit garam  supaya   senang lumat.
  Aku guna separuh je yang selebihnya aku simpan dalam esbok.
Bawang merah lebih kurang 10 ulas
 
Tumbuk ala -ala tak lumat 
Siat-siat isi  ikan sardin goreng 
1)Gaul nasi ngan sedikit garam
2)Tumis  bawang tumbuk ala-ala tak lumat  tadi sampai naik bau dan layu
3)Tumis cili tumbuk sampai pecah minyak -masa menumis guna api  sederhana
4)bila tumisan dah pecah minyak masukkan isi ikan sardin  goreng
5)masukkan nasi  sejuk yang dah digaul ngan sedikit garam
6)kacau sekata supaya  bahan -bahan  tumisan bergaul ngan nasi -guna api kuat
7)kalau suka boleh buh sedikit serbuk perasa.
8)bila nasi goreng dah mengeluarkan aroma yang membangkit selera,  tutup api bolehlah diangkat dan hidang.*matik nasi goreng beraroma*la la la la 

 telur goreng wajib ada
Tak cukup, almaklumlah dah lama tak makan  nasi goreng mengunakan  cili kering tumbuk .
Sedap gak makan nasi goreng kampung bersama ngan telur goreng.Jemput makan : )




Sekadar luahan hati 


Kita hidup ni jangan terlalu pentingkan diri sendiri.Hari ni kita tolong orang  , esok lusa mungkin  kita perlukan pertolongan orang . Rewang  kenduri kahwin , cukur jambul atau besday party dan party party yang seumpama dengannya  tak de dalam ini cerita ye. la la la la   

Wednesday, May 23, 2012

hari ni aku cite pasal telur , cite pasal ikan kena stop dulu


 Salam kengkawan.........


Buat masa ni aku stop dulu cite pasal ikan takutkan  mana tau sianoy  tengah  pregnant nanti terliur plak tengok ikan fresh aku tu. Dalam komen dia kan ada sebut "makan pun  ikan free tak kuasa nak beli kot... hoi sedarlah sikit", itu menandakan dia tak boleh tengok ikan free mau pun ikan fresh dia terliur.la la la la twinkle twinkle litle star.

Okeylah kengkawan pagi tadi aku terlebih rajin tak keja lah katakan . Pagi lagi aku dah bangun buat teh , masak nasi goreng kampung  siap buat telur mata kerbau masak sos. Semenjak Firdaus   suka makan ikan sambal bersos  kerap sangat plak kebelakangan ni aku masak cam tu sampaikan telur mata kerbau pun aku masak sambal bersos. Bukan Firdaus je suka suami aku  pun turut suka
 : )
 Teh aku pagi tadi tak sempat nak tarik dah tertarik, aku guna 3 uncang teh lipton ngan susu marigold terbaek. la la la la

Nasi goreng kampung aku simple je *bajet nak murah*
Lebihan nasi  malam tadi bukan nasi bulan dulu ye.
 
1)Sedikit cili api(kalau suka pedas buh sekilo)
2)ikan bilis segengam
3)Bawang ikut kehendak sendiri
4)belacan sebesar ibu jari. 
5)telur sebiji.

Bahan 1-4 kisar kering

Tumis bahan kisar sampai naik dan pecah minyak. Bila dah pecah minyak  pecahkan  telur  kacau hingga agak hancur .Akhir sekali masukkan nasi sejuk gaul rata , buhkan kicap cair(sebagai penganti gram) dan secubit perasa .Goreng nasi hingga naik bau(guna api besar) tutup api ,boleh diangkat dan dihidang.
Jeng jeng nasi goreng kampungku yang tercinta la la la la

Untuk telur mata kerbau masak sos resepinya simple je 
                                                    6 biji telur mata kerbau
 
 10 tangkai cili kering rendam dalam  air panas kemudian kisar bersama sebiji bawang besar.
Lebih kurang 5 sudu besar  sos cili life terbek : )

Tumis bahan kisar sampai pecah minyak, bila pecah minyak masukkan sos cili life terbaek kacau sekejap kemudian  masukkan  lebih kurang 300ml air, kacau lagi buh garam , secubit perasa ngan 2 sudu brown sugar.Nak puaskan  hati rasa ngan lidah sendiri , kalau  rasa dah  okey  tutup api boleh diangkat kemudian curahkan sedikit sambal tadi  kat atas telur  mata kerbau,sambal yang selebihnya aku simpan.

Lebihan sambal aku simpan sikit nanti petang boleh curah atas ikan goreng opocot ikan goreng  lupa plak.
Telur mata kerbau masak sos-cubalah sedap anak ngan suami pun sayang.la la la la  
Untuk suami semug teh  ngan nasi goreng bersama telur bersambal sos.Ayat semug tu  cam tak boleh blah je .


Okeylah jumpa lagi ..................




Blogger famous dapat ribu riban ringgit

 Sekadar luahan hati


Baca ngan nada sedu.Ayat  kat atas sekali aku blur kan , tak sanggup aku nak baca apatah lagi korang.busuk punya anoy.la la la

Terima kasih ELL  sudi mengambil berat : )

Mulai hari ni aku ngan resminya menutup kotak komen blog ni . Almaklumlah blog ni kan dah femes.la la la .Terbakar lagi  sianoy , kali ni hangus terus. Baru aku tahu macam mana  indahnya hidup ni bila kotak komen dihilangkan terus dari pandangan mata. Lepas ni aku boleh bercerita tanpa gangguan dari sianoy.

Lepas ni garenti sianoy  hilang akal, hilang arah , hilang segala-galanya  sebab dah tak tahu nak  melempias nafsu serakah  nak mengutuk orang . Apalah dosa siFirdaus berumur 7 tahun  tu ngan hidup dia, nampak sangat jeles ngan Firdaus . Banyak lagi komen anoy yang banggang cuma aku tak nak lah melayan kebagangan sianoy tu tapi kali ni  aku geram sangat  bila dia sentuh pasal Firdaus. sifiyalfal.

Kengkawan tau tak  nasib baik ada sorang  kawan yuyi tu pakar IT  dapat dia tolong aku menyiasat identiti  sianoy busuk tu.  Anoy dipersilakan  minta maaf secara tertutup , hantarkan maaf  tu ke email aku yang tertera belah kanan  , aku bagi tempoh dua hari dari sekarang.la la la la  la la

Teringat kata-kata yuyi "Mak , musuh kita adalah orang sekeliling kita" like jaga jaga anda sedang diperhatikan.


Sunyi plak bercerita  tanpa gambar. Aku perkenalkan pelapis yuna.la la la 

Gambar terbaru Vicks anak aku no 2  bawah yuyi. Korang selalu tanya anak aku  no 2 kan,  apa lagi tengoklah puas-puas.


Di sebelah kanan sekali gambar vicks masa kecik


Jangan lupa terus menyokong blog aku ye. la la la Twinkle twinkle little star . Sekiranya jari kengkawan yang baik hati dah gatal  nak mengomen cerita -cerita kat blog ni, kengkawan  tekan je jari gatal kengkawan  tu kat butang  like facebook dibawah, nak tekan like pun  kena tengok cite gak jangan sesuka hati like. kwang kwang kwang 


Terima kasih epal hijau  : )

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina