Tuesday, June 12, 2012

rasa lesung batu ngan rasa asap dapur kayu terbukti sedap.

Rindu kat lesung batu aku,  rasa cam dah lama je tak tumbuk cili  pakai lesung batu. Pagi semalam tetiba je tekak  ni teringin  nak makan nasi goreng  mengunakan  cili kering tumbuk. Kali ni aku tak buh rencah ikan bilis aku guna ikan sardin goreng balance makan malam tadi .

Sampai sekarang aku tertanya-tanya akan dua  perkara
1) kenapa masakan kita jadi lebih sedap bila mengunakan cili giling atau cili tumbuk?
2) kenapa masakan kita jadi lebih sedap bila dimasak mengunakan dapur kayu api atau dapur arang?

Tetiba je aku  rindu nak minum  air panas mati  ada rasa asap dapur kayu api .

5 tangkai cili kering potong dan rendam dalam air panas. 
 Tumbuk cili kering bersama sedikit garam  supaya   senang lumat.
  Aku guna separuh je yang selebihnya aku simpan dalam esbok.
Bawang merah lebih kurang 10 ulas
 
Tumbuk ala -ala tak lumat 
Siat-siat isi  ikan sardin goreng 
1)Gaul nasi ngan sedikit garam
2)Tumis  bawang tumbuk ala-ala tak lumat  tadi sampai naik bau dan layu
3)Tumis cili tumbuk sampai pecah minyak -masa menumis guna api  sederhana
4)bila tumisan dah pecah minyak masukkan isi ikan sardin  goreng
5)masukkan nasi  sejuk yang dah digaul ngan sedikit garam
6)kacau sekata supaya  bahan -bahan  tumisan bergaul ngan nasi -guna api kuat
7)kalau suka boleh buh sedikit serbuk perasa.
8)bila nasi goreng dah mengeluarkan aroma yang membangkit selera,  tutup api bolehlah diangkat dan hidang.*matik nasi goreng beraroma*la la la la 

 telur goreng wajib ada
Tak cukup, almaklumlah dah lama tak makan  nasi goreng mengunakan  cili kering tumbuk .
Sedap gak makan nasi goreng kampung bersama ngan telur goreng.Jemput makan : )




Sekadar luahan hati 


Kita hidup ni jangan terlalu pentingkan diri sendiri.Hari ni kita tolong orang  , esok lusa mungkin  kita perlukan pertolongan orang . Rewang  kenduri kahwin , cukur jambul atau besday party dan party party yang seumpama dengannya  tak de dalam ini cerita ye. la la la la   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina