Petang semalam aku buatkan rainbow cake untuk Firdaus sempena besday dia yang ke 7 tahun pada 6/6. Gambar di atas adalah bahan -bahan untuk membuat rainbow cake
Salah satu proses membuat rainbow cake
Besday boy yang tengah excited menyalin nama-nama bahan untuk membuat rainbow cake.
Suami aku juge memainkan peranan penting dalam proses membuat Italian meringue.Walaupun brutal dalam hati ada taman.kah kah kah
Aku gagal dalam membuat rainbow cake.Aku tak kisah cuma Firdaus sedikit kecewa.Aku dah janji dengan dia nak belikan dia besday kek. Aku takkan putus asa aku akan cuba buat lagi rainbow cake sampai menjadi.Gagal sekali bukan bermakna aku akan gagal selama-lamanya.
Pengajaran ynag aku dapat dari rainbow cake aku yang tak menjadi ni.
1) jangan membuat kerja secara terburu-buru
2)Aturan membuat kek perlu dipatuhi
Bagi aku orang berjaya dalam hidup adalah
1)orang yang berani mengaku kesilapan diri sendiri
2)orang yang tak kenal erti penat dan susah
3)orang yang tak kenal erti putus asa
4)orang yang berani gagal
motip aku bagi tahu ciri-ciri orang yang berjaya dalam hidup.la la la
Happy besday Firdaus semoga jadi anak yang berguna pada agama, bangsa dan negara.Mak tak de hadiah untuk firdaus mak tujukan lagu boleh : )
Andai dapat kugapai bintang di awan biru
kan kuhadiahkan kepada mu
andai dapat kugapai bulan mengambang penuh
kan ku hadiahkan dihari jadimu
begitulah janjiku kepada mu