Saturday, June 2, 2012

love vadei vadei love & cite mengenai email

 Salam kengkawan.........


Selamat berhujung minggu . Tajuk aku kali ni aku  tak main petik-petik memang betul  kat vadei aku ada love sekejap lagi  aku tunjuk .Vadei lagi  nasib baik aku dah tutup kotak komen  kalau tidak mahu anoy banggang tu kutuk "Firdaus hitam sebab banyak makan kacang dhal". la la la la. Jangan bowing ye aku tepek lagi resepi kuih vadei  mana tau ada yang tak sempat nak selak resepi kuih vadei aku yang lama ."undilah saya dalam pilihanraya akan datang* la la la .jom mengvadei....
Okeylah sebelum korang  buat vadei, seelok-eloknya korang rendam dulu kacang dhal semalaman.Pagi ni  aku buat vadei sikit je aku start rendam  lebih kurang 250grams kacang dhal malam tadi . Bila malamnya korang dah rendam kacang dhal, keesokkan paginya   bolehlah korang  kisar kacang dhal tadi bersama sebiji telur, sedikit garam dan secubit kecil  serbuk perasa. Jangan tambah air ye masa mengisar kacang dhal , kisarlah ngan penuh kesabaran dan ketabahan sambil  mengacau  kacang dhal setiap beberapa saat kemudian sambung mengisar sehinggalah  kacang dhal tadi menjadi   sederhana lumat. kah kah kah 
Adunan  vadei cam nilah yang kita maukan tak lembik sangat senang nak dibentuk.
Bahan -bahan yang nak digaul bersama kacang dhal kisar
1)setangkai daun kari
2)1  bawang holland sederhana besar-dihiris + 2 biji bawang merah -dihiris
3)sedikit rempah campur-jintan manis , jintan putih , biji sawi
4)4 tangkai cili kering-dikerat sederhana kecil- saper yang suka pedas boleh  tambah cili api bagi berapi mulut-kwang kwang kwang

5)sedikit serbuk kunyit- untuk mencantikkan kaler vadei.
 Campurkan bahan -bahan  1-4 kedalam kacang dhal yang dah dikisar tadi.Gunakanlah kepakaran tangan korang yang cukup gegirl tu untuk membentuk adunan  vadei supaya menjadi bulat dan molek,kah kah kah.

Panaskan minyak guna api sederhana,  masukkan satu persatu vadei yang korang dah bentukkan  menjadi  bulat dan molek tadi. Semasa mengoreng vadei kenalah  rajin terbalikkan vadei  supaya ia garing sekata .
 
My homemade kuih vadei
 
Abaikan tangan aku yang runcing  seruncing badan aku syyy ala ala karena kapoor boleh gitu......Tiba -tiba je aku jeles ngan Zalin Zalina dah lah cantik kurus ,lemah  lembut plak ,  tak sangka  dia sudi jemput family aku datang rumah dia. la la la masalahnya sekarang  dia jemput aku  pertengahan bulan 5 aku ternampak message jemputan dia tu penghujung bulan 5. cian dia.*terasa diri sendiri hampeh*
Nampat tak di situ "love vadei vadei love"

 dah alang-alang ada bihun tinggal dua keping dalam esbok tu yang aku merajinkan diri buat bihun goreng .


Terima kasih  kepada yang sudi hantar  email  kat cikinadodocheng@gmail.com. Banyak sangat email yang aku terima  tak  terjawab aku, bermacam  soalan yang dorang tanya . Aku minta maaf ye , aku hanya jawap  soalan  tahap sekolah  rendah je ,soalan berbaur  peribadi, politik , masalah dalaman atau masalah kemurungan  aku lepaskan cam tu je ,next  next   . Diri aku ni bukan betul sangat pun cam tak confident  je nak bagi orang lain rasa  confident dalam hidup.la la la  Pada aku masalah suami isteri atau peribadi ni lebih baiklah sendiri selesaikan sebab sendiri cari masalah . Aku rasa cam tak memberi apa-apa  feadah pada kita  bila kita bercerita  masalah peribadi ngan family  kita kat orang lain.Itu pendapat akulah   jangan ada yang tertekan plak ngan pendapat aku , kalau rasa tertekan sila hantuk kepala sendiri kat dinding. 


Pernah gak aku cite masalah aku kat orang lain tapi cuma  masalah  keja , blog  ngan  alam sekitar  je. la la la .syyy masalah duit  ada gak aku cite ngan  kawan , aku saje cite mana tau dia  sudi nak bagi aku pinjam duit. baru berbaloi, dah pinjam kenalah pandai ganti ye dak. la la la la

Selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina