Stop cite pasal jerebu aku nak cite pasal kek plak.Malam tadi aku buat kek butter orang kata kek kosong ,itu orang kata kalau tak betul sila marah orang.dah lama rasanya aku tak buat kek. Almaklumlah nak jimat duit karen . Meroyan aku buat kek tengah-tengah malam.
Kek butter ni semua orang tahu buat tapi kalau ada yang tak tahu tu aku suka je nak bagitahu.la la la la
aku gedik nak campurkan adunan kek aku ngan 1/2 cup susu ideal terbaek dari ladang.
Macam biasa pukul seketui butter (aku guna butter SCS) ngan 220 gm gula castor sampai kembang dan putih melepaklah sangat.Kemudian masukkan telur (4 biji) satu persatu sambil terus memukul adunan hingga kembang.Bila adunan dah cukup kembang masukkan sedikit essen vanila pukul lagi kemudian masukkan tepung gandum 300gm yang diayak bersama 1tbsp baking powder sedikit demi sedikit berselang seli ngan 1/2 cup susu ideal sambil memukul adunan menguna kelajuan no 2.Okey siap masa untuk membakar
Bangku betullah tak de kertas plak terpaksa aku lengser loyang ngan sedikit butter. Aku campurkan 1 tbsp serbuk koko bagi kek aku berzebra.
Dapat dua loyang kecik cukuplah untuk 3-4 orang makan.
Bakar selama 35 minit guna suhu 180 darjah celcius.
Budak tembam tak sabar nak makan kek
Kek dalam proses mengembangkan diri
Zebra yang tak zebra sangat okeylah janji nampak sikit zebra
Jemput makan. Breakfast aku pagi tadi kek ala -ala zebra dan n bihun goreng guna cili tumbuk, next entry aku tepek ye ...........................
Terima kasih berbanyak pada yang sudi bagi email kat aku , InsyaAllah bila ada masa terluang InsyaAllah aku akan balas email-email tu semua : )