Jangan salah paham tajuk panjang lebar tak semesti ceritanya panjang lebar gak.Umpama kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jangan hendak diduga.Kalau kau nak diduga sangat nanti ditakuti batang kail tu tersangkut di badan kau, kau nak ke ?la la la la
Hobi Firdaus masa lapang adalah berimiginasi dengan barang mainan dia . Beberapa hari lepas masa dia tengah asyik berimiginasi seorang diri dengan barang mainan dia aku pun sibuk mencelah aku tanya dia
aku : Firdaus sayang ibu tak?
Firdaus : sayang
Aku : sayang akak tak?
Firdaus : Firdaus sayang ibu, sayang ayah, sayang abang, sayang akak, SAYANG MALAYSIA
WOW ! "SAYANG MALAYSIA" statement yang buat aku hampir -hampir pitam .Beruntunglah bang Najib ngan kak ros dapat rakyat Malaysia yang cintakan negara tanah tumpah darahku.Aku syak ni gara-gara terlampau kerap tengok iklan kat TV.la la la
Kalaulah suami aku tahu yang aku menanyakan soalan-soalan sayang menyayang kat Firdaus mesti dia hangin. Dia memang bengang kalau aku tanya soalan yang tak mendatangkan hasil cam tu. Aku perhatikan setiap kali aku tanya soalan cam tu kat Firdaus nanti dia mesti cakap "awak ni dah tak de soalan lain ke nak tanya kat budak tu?
"Mak ! hulur tangan mak, ni salam 1 Malaysia." Baru aku tahu cam nilah gayanya "SALAM I MALAYSIA"
Macam nilah rupanya kanak-kanak bila makan nasi sambil menonton kartun kat TV
Sekadar luahan hati
Kasihan sangat bila orang yang sepatutnya kau kasihan tak kau tak kasihan , kau boleh plak kasihan dengan orang yang tidak sepatutnya dikasihan. Hari ni kita belajar mengunakan ayat 'KASIHAN" ye murid-murid kalau tak tak berapa nak paham angkat tangan ye.