Wednesday, June 6, 2012

yee mee sizzling bersama tip berblogging

Tip berblogging lagi , ada sedikit kebangangan di situ. la la la la . Korang perasan tak dalam blog ni aku dah tepek berulang kali resepi yang sama , aku harap korang tak kisah sangat sebab ini blog aku jadi aku punya sukalah nak tepek berulang kali resepi yang sama. Nak berblog jiwa kena kental kena tanamkan dalam hati "ini blog kita, kita punya sukalah nak buat cerita apa pun" asal saja kita tak buat cerita yang boleh kena saman dengan YDP Agung , sultan , Perdana Menteri VVIP dan pembesar negara yang lain, kena saman dengan blogger tak pe.la la la la la . Okey ye murid-murid cukup setakat ni je tips berblogging untuk hari ni .*Tips berblogging yang  nak makan penampau*

Okey sekarang kita cerita pasal yee mee sizzling plak.Semenjak dua menjak ni suami aku tak berapa suka makan nasi waktu malam.Almaklumlah cuaca tengah panas memang tak selera nak makan nasi.
yee mee kat rumah aku tinggal lebih kurang dua keping je.balance 5-6 bulan dulu -boleh gitu.
Rendam cendawan shitake ngan air panas dan sedikit minyak masak sampai lembut kemudian potong ikut suka.
untuk sayur ; 50 grams cendawan shitake. kalau suka boleh tambah sawi tapi pastikan sawi tu dicelur ngan air panas terlebih dahulu.
untuk penambah rencah ; dua keping dada ayam dipotong sederhana besar.
Bahan untuk kuah kicap pekat, sos tiram dan kicap cair ; ko mampu ambik gambar langsung dari dalam esbok.*dasar pemalas*
Bahan tumisan, 6 ulas bawang putih diketuk, 1 inci halia dihiris bulat-bulat, 3 tangkai cili kering dipotong sederhana kecik.
Cara-cara membuatnya
1)tumis bahan tumisan hingga layu dan naik bau.
2)tumis cendawan shitake hingga naik bau
3)tumiskan isi ayam-goreng sekejap supaya bahan bergaul rata
4)Masukkan kicap pekat, sos tiram dan kicap cair(sebagai penganti garam)
Jangan terlebih buh kicap pekat nanti kuah sizzling jadi pahit
5) masukkan lebih kurang 500 ml air
6)Biar kuah sizzling agak mendidih
7)Sebelum angkat pekatkan kuah sizzling ngan  bancuhan tepung jagung.

My homemade kuah sizzling-ko mampu masuk sekali dalam blog  gambar periuk buruk.
Teka sape punya yee mee sizzling?Agak kebangangan soalan tu.
Mulut suami aku ni macam haremmmm ada ke patut dia cakap "awak jangan  guna muka saya nak femeskan blog awak." erkk geramnya pleaselah.........ko ingat ko retis.
excited habis mulut comot kena kuah.
Lenkali boleh buat lagi yee mee sizzling : )




Jumpa lagi , akhir kata Majulah sukan badminton untuk negara tanpa sebarang campurtangan ahli politik.la la la la

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina