Bukan peta geografi
kawasan berlorek hijau bukan kawasan tanah subur itu adalah kawasan kesakitan, ketegangan yang aku hidapi sekarang ni.bertabah ye *ayat pujuk diri sendiri*
Walaupun sakit mak maintain Jakpar On, kenapa jakpar onn? nampak tak kat kepala mak terselit bunga matahari, jakpar onn kan suka bunga matahari. la la la Tengahari semalam aku pergi klinik check penyakit yang baru aku hidapi dua tiga hari ni. Mati mati aku ingat tekanan darah aku tinggi rupanya tidak doktor panel aku kata aku cuma mengalami sakit urat .
Aku ni orang susah mana bisa masa sakit duk diam, mana bisa masa sakit aku buat muka sardin.*semangat indon*Balik je dari klinik aku terus melompat-lompat sambil menahan kesakitan kemudian dengan selambanya tangan aku laju je mengadun adunan kuih kertas. boleh gitu*sakit urat tapi nak mencekik kuih kertas*
mula-mula kita ambik mangkuk bekas sekerim boleh, kemudian kita sediakan
Kuih kertas untuk 5 orang makan
1)100gm tepung gandum + 100 gm tepung pulut( sebarang jenis kuih muih atau pengat yang bahannya 100% mengunakan tepung pulut arwah mak kata kena campurkan 50% tepung gandum , itu arwah mak aku kata kalau tak betul sila tanya ngan arwah mak aku kat kubur.la la la la
2)sedikit garam
3)1/2 cawan kelapa parut
Campurkan ke semua bahan di dalam mangkuk tadi kemudian tambahkan air sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sekata.
Adunan kuih kertas
bentukkan adunan ikut kegegirllan tangan korang, kemudian goreng dalam minyak panas mengunakan api sederhana .
Kuih kertas sebelum disira gula
Aku tahu ramai yang tak lulus bab sira gula ni, suatu ketika dulu aku pun pernah gagal berkali-kali tapi aku bangun dari kegagalan *matik bangun dari kegagalan buat sira gula*Pantang sira gula" terlebih air" air 50ml + gula pasir lebih kurang 1/2 cup, biar air agak mendidih kemudian masukkan gula pasir biar lagi agak mendidih masukkan kuih kertas kacau hingga gula menjadi sira
Bila gula dah menjadi sira terus tutup api
sesekali makan kuih kertas sedap gak
Sekadar luahan hati
Jika kita mahu membuat sesuatu , kita akan cari jalan.Jika kita tidak mahu membuat sesuatu kita akan mencari alasan.Aku angkat tangan tanda setuju.ehemmm ehemmm