Pelik kenapa kita nak kisah samada blogger lain percaya atau tidak dengan kita.penting ke?Perlukah kita nak membebankan diri sendiri berfikir sampai separuh nak mati samada orang percaya atau tidak dengan apa yang kita tuliskan, apa yang kita luahkan, apa pendapat kita dalam blog kita sendiri?. Kalau kita berperangai sedikit tak semenggah jangan ingat semua orang berperangai macam kita, ye dak. Bila kita jujur dan ikhlas dalam perbuatan kita sehari-hari kenapa kita perlu takut dengan judgement orang lain. Ini blog kita sukahati kitalah nak tulis apa pun cuma janganlah sampai tulisan kita itu menjatuhkan maruah orang lain.Kita dicuit tak pe lagi jangan sampai keluarga kita dicuit mahu kita melenting. Kita tak nak keluarga kita dicuit kita janganlah mencuit keluarga orang lain ye dak. Setiap orang sayang keluarga masing-masing termasuklah aku kalau tidak takkan aku tutup kotak komen hanya kerana menerima komen mengutuk Firdaus seorang kanak -kanak yang tidak berdosa . Dah jelas ada sedikit kebabian disitukan.Sedihlah masih ada manusia bangkai macam tu .
Hobi aku masa lapang aku suka baca blog orang lain tak kisahlah samada blog tu ada gambar atau tidak janji bukan blog skim cepat kaya. Aku dah set mind aku dalam hidup ni bukan senang nak jadi senang .la la la la
Juadah malam tadi simple je sekali lagi aku masak sardin feveret firdauslah katakan.
Sawi goreng ngan ikan bilis dan sos tiram
Sardin goreng ngan cili api tak berapa pedas
sambal goreng. cili api ngan ikan bilis tumbuk.sangrai sekejap ngan sedikit minyak , buh sedikit air asam jawa, sedikit gula ngan secubit kecil serbuk perasa -guna api kecik
Telur dadar berkucai
sambal goreng tak boleh ambik banyak pedas + + +
Sekarang ni suami aku tengah demam selsema dia tak berapa selera nak makan itu kata dia tapi bila nampak je sambal goreng ni dia terus ambik nasi, tak selera konon.
Sekadar luahan hati
Cerita
ku pendam sebuah duka tu nanti ye bila senang malam nanti aku akan asah otak aku ni mengarang cerita tu.