Sunday, June 17, 2012

Bihun goreng sabarlah Anzalna


Cuti -cuti hujung minggu sebegini  tak de yang menarik  buat  emak yang berkerja macam aku ni kecuali masak,belek suami ngan anak ,  makan  dan tidur.la la la la . Masa ni mulalah otak aku mereka-reka  nak masak itu  ini , dorang makan ke tak itu  belakang kira.Habis tu aku  nak buat apa selain dari masak, nak suruh aku  mengemas rumah jangan haraplah  awal -awal lagi aku angkat bendera putih.

Korang rasa  Neelofa  terbakar tak bila dia nampak  nama  bihun goreng aku ni. Ingat tak hari tu aku ada cite aku buat  nasi goreng guna cili tumbuk jangan mare semalam aku buat bihun goreng plak guna cili tumbuk.Musim menumbuk kot minggu ni. Selagi larat menumbuk aku tumbuk kalau dah tak larat nanti aku guna batu giling plak.*matik tetiba rindu nak mengiling cili *. Haishhh sedap sangat rasanya  bihun goreng  guna cili tumbuk ni.*maaflah terpujik bihun goreng sendiri*

Simple je bahan-bahan  untuk membuat bihun goreng ni :
1) sengengam ikan bilis cuci berseh kemudian tumbuk ala ala tak lumat
2) 5 tangkai cili kering direndam dalam  air panas kemudian ditumbuk bersama ngan sedikit garam-(saper suka pedas boleh buh cili lebih)
3) 6 biji bawang merah ditumbuk
4)1/2 batang carrot di mayang
5)sedikit sayur sawi
6) sedikit garam
7) secubit kecil serbuk perasa
8)1 1/2 tbsp gula
9) Dadar dua biji telur, potong dadu -untuk ditabur di atas bihun goreng

comelkan ikan bilis tumbuk, cili tumbuk dan bawang merah tumbuk
 Aku guna 1/2 dari sebungkus bihun,rendamkan  semalaman bihun tu
 sayur plak  aku guna 1/2 batang carrot dimayang halus ngan sedikit sawi 
 
1)Tumis bawang tumbuk sampai naik bau
2)Tumis cili tumbuk sampai pecah minyak-guna api sederhana 
3)masukkan garam dan gula-kacau sekejap
4)masukkan sawi dan carrot-kacau sekejap kemudian masukkan bihun yang dah direndam
5)Masukan air kacau  balik   dan kaup balik sampai bihun lembut
6)Bubuhkan secubit kecil  serbuk perasa, kacau  sekejap kemudian bolehlah diangkat.

Bihun goreng sebelum ditabur diatas eksesori
 
Jeng jeng selepas dieksesori *motip* 
Nampak tak disitu Firdaus bersama   bihun goreng dan kek  ala-ala zebra.la la la 


Sekadar luahan hati

Bangga sangat ke  kita nak bagitau orang yang  kita tak  kenal ikan cencaru .

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina