syyyy bunga kasturi wangi ke ? ampunkan aku , aku tak pernah tahu pun cam mana bau bunga kasturi .apatah lagi rupa bentuk bunga kasturi Tajuk aku tu biasalah memang tak pernah yang henggat main petik-petik je harum bunga kasturi.Motip aku sebut bunga kasturi tu sebenarnya nak bagitahu kat korang yang kari ayam aku masak subuh tadi berbau harum ...........pendek kata harumnya sampai ke rumah jiran sebelah.*matik puji diri sendiri*. Dik nun bukan setakat harum je , rasa pun sedap tau, sedap tu akulah yang cakap.la la la la
Subuh tadi aku terlebih rajin aku masak kari ayam , bahan-bahannya lebih kurang sama ngan resepi kari ayam aku yang asal cuma beza sikit je tapi masih tak guna santan kelapa.
1)Halia-2 cm
2)bawang putih 4 ulas
3) Bawang merah 5 ulas
4)kunyit hidup 1/2 cm
dikisar basah
1)satu tangkai daun kari
2)2 batang kayu manis
3)2 kuntum bunga lawang
4) sedikit rempah campur
5)Rempah kari -6 sudu besar
6)tomato ceri 10 biji
7)kentang 3 biji kupas kemudian dipotong baji.
Tumis daun kari , herba campur hingga naik bau kemudian masukkan bahan yang dikisar basah tadi, tumis hingga pecah minyak.Bila tumisan dan pecah minyak masukkan ayam yang dah digaram kunyit tadi biar ayam kecut bersama bahan tumisan .Bila ayam dah kecut bersama bahan tumisan masukkan lebih kurang 400 ml air serta kentang ngan tomato ceri,biar kentang empuk sepenuhnya. Sebelum angkat buh garam, gula dan secubit serbuk perasa sebagai penambah rasa.
Kari ayam tadi aku transfer dalam periuk. Saper yang suka masak kari dalam kuali sila angkat tangan.la la la
errkk Alhamdulillah aku baru je habis makan nasi ngan kari ayam, bendi celur cicah sambal belacan. Tekak ni macam teringin nak makan sambal ikan bilis plak.
Sekadar luahan hati
Sekarang ni aku berblog ngan aman dan tenang : )
Sekadar luahan hati
Sekarang ni aku berblog ngan aman dan tenang : )