Salam kengkawan.tengah wat apa tu?Kalau tengah masak, sila masak sedap-sedap sikit ye.la la la la
Tajuk di atas ada kene mengena dengan cerita aku hari ni . Bulan lepas aku ada cashoutkan nuffnang aku tapi yang sedihnya dah sebulan lebih check Nuffnang tak sampai lagi . Hairan bin ajaib amount yang aku nak cashoutkan tu dimasukkan semula kedalam aku punya earning Nuffnang. Cis bedebah buat penat je aku tunggu check dari Nuffnang rupanya pihak Nuffnang awal -awal lagi dah merejectkan cashout aku *sila jangan tiru bahasa rojak aku*
Dalam kes cashout direject ni cuba teka siapa yang bersalah? la la la aku tuding jari kat muka aku sendiri .*Mak malu , muka pandang bawah sambil kuis-kuis kaki kat tanah* Terasa diri ini keji sangat kerana sanggup mengoogle gosip artis tempatan dan luar negara daripada nak mengoogle "cara nak cashoutkan Nuffnang" Aku ingatkan main tekan je kat cashout lepas tu tunggu pihak Nuffnang hantar check,cam tu sesiapa je boleh tekan ye dak.Aku ada nampak email dari pihak Nuffnang aku ingatkan email biasa-biasa je , aku pun tak delah nak bukak. Hari ni baru aku tau yang itu email pengesahan untuk aku mengcashout kan Nufnnag aku. cis bedebah dah terlambat kalau aku aku nak sahkan pun sebab dah kena reject. la la la .Tak pelah aku biar dulu kasi beranak lagi duit Nuffnang aku kat dalam tu.
Habis cam mano check Nuffnang tak dapat kita makan kuah dhal dengan ikan masin bulu ayam jelah hari ni.
Kacang dhal 250 grams cuci berseh kemudian direndam semalaman
Bahan-bahan tumisan
1)sebiji bawang holand-dipotong dadu
2)sedikit rempah campur
3)2 batang kayu manis ngan 2 kuntum bunga lawang
4)satu tangkai daun kari
5)2 cam halia-dihiris
6)3 tangkai cili kering -dikerat 1/2 cm
Bahan -bahan untuk sayur
1)3 biji kentang -dipotong ikut suka
2)3 biji cili masak-dibelah dua
3)anggaran 10 biji tomato ceri
4)1 batang carrot dipotong ikut suka
Kacang dhal yang dah empuk
Cara-cara membuatnya1)Rebus kacang dhal yang dah direndam semalaman hingga separuh empuk
2)masukkan semua bahan -bahan untuk sayur
3)Bila sayur dan kecang dhal dah empuk sepenuhnya masukkan garam sebagai penambah rasa , kemudian bolehlah diangkat .
Dalam kuali tumiskan bahan-bahan tumisan hingga layu dan naik bau
Masukkan bahan tumisan yang dah layu dan naik bau ke dalam kuah dhal tadi.Kacau supaya bahan tumisan bergaul ngan kuah dhal
Jeng jeng my homemade kuah dhal-bangga sangatkan macam nak kena sepak. Suami aku suka kuah dhal sayur je lagi pun dhal sayur lebih tahan lama nak dibanding ngan kuah dhal ayam dan daging.
ikan masin bulu ayam sebelum digoreng
Ikan masin bulu ayam selepas digoreng-apa kejadahnya aku nak tunjuk sebelum dan selepas.fening kepala
Firdaus punya
"memang heaven" first time aku makan nasi bersama kuah dhal dan ikan masin bulu ayam, ini pun hasil dari tunjuk ajar suami aku yang dot dot India + China .
Leka makan nasi sambil tengok cite kartun. Rambut dah macam helmet wajib kena potong sebelum bukak sekolah.
Saje buat muka ala ala .......
Akhir sekali sebelum mengundur diri aku titipkan pesanan untuk diri sendiri dan kengkawan semua "googlelah perkara-perkara yang berfeadah"la la la la
SELAMAT BERHUJUNG MINGGU BERSAMA KELUARGA TERSAYANG