Tuesday, May 29, 2012

Breakfast simple tapi sedap. cuti sekolah anak-anak kita sentiasa nak makan makan dan makan

Cuti sekolah pertengahan tahun dah pun bermula. Rutin cuti sekolah aku kena bangun subuh hari masak untuk Firdaus dan suami . Masa cuti  sekolah  cam ni  perut  Firdaus akan sentiasa lapar  nanti mulalah dia  sepuluh kali kejap bukak tudung saji.  Tanggungjawab  aku plak  menyediakan makanan dibawah tudung saji la la la la . 

Masa dia banyak dihabiskan kat depan komputer , tak pun tengok vcd, bila perut dia terasa lapar pandailah dia ambik makanan sendiri.Alhamdulillah anak-anak aku  nampak matang dari usia seawal 7 tahun dorang dah pandai uruskan diri sendiri aku cuma pantau dari jauh je.Jujur aku katakan akulah mak bapak yang tak suka paksa anak baca buku. Aku cuma  bagi  nasihat je, Alhamdulillah anak aku boleh paham keinginan dan hasrat aku. Jadi mak bapak jangan suka nak pressure anak, masa anak -anak kita sekolah rendah bolehlah kita nak pressure esok bila dorang naik sekolah menengah kita cuba  pressure tengok, silap haribulan kita yang kena pressure balik.la la la la la la

Berbalik cite pasal breakfast, semenjak Firdaus ngan suami berminat ngan baked potatoes ni , breakfast pun aku buat baked potatoes ni. Senanglah keja aku sekarang ni waktu pagi bila suami ngan Firdaus boleh makan kentang .la la la

Subuh tadi celik je mata ,aku basuh tangan terus gapai 2 biji kentang. Kasi cuci berseh kentang tu, lap, lumur ngan olive oil tabur sedikit garam ngan dried oregano.I love oregano : )Kemudian balut ngan aluminium foil.
Bakar pada suhu 190 darjah celcius selama 60 minit.
Selepas 60 minit angkat kentang tadi, belah kepada dua bahagian kemudian buhkan sedikit butter di bahagian tengah kentang serta taburkan sedikit dried oregano.

Lepas buat breakfast aku masak untuk makan tengahari , lauk simple je sambal ikan dan kobis goreng.
 
Kobis cina goreng bawang putih ngan sos tiram -feveret anak-anak

Ikan fresh from farm suami aku baru dapat hari ahad hari tu. Nama ikan ni aku kurang pasti , suami aku suruh google nama ikan ni. Dari pandangan mata kasar aku ikan ni cam ikan sardin, kalau tak silap akulah.
Ikan bersambal sos dan bertamato ceri ni feveret Firdaus. Masak sambal cam ni sedap suami sayang anak pun sayang *motip semua sayang* Cam bagus bagus je kan nama resepi ikan aku ni.Nak resepi sila ambik kat sini .




Jumpa lagi dilain hari dan waktu InsyaAllah bila senang nanti aku jalan blog korang semua ye. Terima kasih ye kerana sudi singgah blog aku yang tak seberapa ni.la la la la
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina