Sunday, May 13, 2012

kuih vadei-Breakfast yang berkhasiat

 Salam kengkawan.........

Cuaca cerah hari ni , hendaknya janganlah hujan ditengahari, hujan malam tak pe : )   ye ke vadei breakfast berkhasiat, jangan tanya aku , aku main bantai je janji ada tajuk.kwang kwang kwang. Vadei dan apa saje masakan  India  suami aku suka  almaklumlah  suami aku kan  berdarah India . Apa nak diherankan sangat suami aku suka masakan India , zaman sekarang ni  cina  dengan melayu pun banyak yang suka masakan India  ye dak. Aku plak kurang suka kuih India , kalau kari India boleh lah layan sikit-sikit tapi ngan syarat kena ada sambal belacan. Kata  orang melayu mana boleh tinggal  sambal belacan

Okeylah sebelum korang nak buat vadei, seelok-eloknya korang rendam dulu kacang dhal semalaman. Pagi ni  aku buat vadei sikit je aku start rendam  lebih kurang 200grams kacang dhal malam tadi . Bila malamnya korang dah rendam kacang dhal, keesokkan paginya   bolehlah korang  kisar kacang dhal tadi bersama sebiji telur, sedikit garam dan secubit kecil  serbuk perasa. Jangan tambah air ye masa mengisar kacang dhal , kisarlah ngan penuh kesabaran dan ketabahan sambil  mengacau  kacang dhal setiap beberapa saat kemudian sambung mengisar sehinggalah  kacang dhal tadi menjadi   sederhana lumat. kah kah kah sabau jelah kan

Bahan -bahan yang nak digaul bersama kacang dhal kisar
1)setangkai daun kari
2)1/2 bawang holland-dihiris + 4 biji bawang merah -dihiris
3)sedikit rempah campur
4)4 tangkai cili kering-dikerat sederhana kecil- saper yang suka pedas boleh  tambah cili api bagi berapi mulut-kwang kwang kwang
Campurkan bahan -bahan  1-4 kedalam kacang dhal yang dah dikisar tadi.
Beginilah rupanya kacang dhal setelah digaul ngan bahan 1-4.cantik tak saya?
Gunakanlah kepakaran tangan korang yang cukup gegirl tu untuk membentuk adunan  vadei supaya menjadi bulat dan molek,kah kah kah.Panaskan minyak guna api sederhana,  masukkan satu persatu vadei yang korang dah bentukkan  menjadi  bulat dan molek tadi. Semasa mengoreng vadei kena rajin terbalikkan vadei  supaya ia garing sekata .
Inilah vadei yang menjadi pujaan suami aku tapi tak berapa sangat  jadi pujaan  aku dan anak-anak. Vadei ni layan masa panas sedap dan mabeles.
Dalaman vadei ku yang gebu dan mantop *naik lif tekan sendiri*
Cili dan kari yang sedikit terkeluar dari vadei yang gebu tadik *matik puji vadei sendiri*



 Okeylah aku nak pegi masak apa yang patut sebelum  bala tentera bangun : ), cakap pasal bala tentera teringat kejadian tempoh hari sorang budak lelaki  dimarahi oleh seorang perempuan  kertu . Kasihan aku tengok budak lelaki tu terkebil -kebil kena marah , masalahnya sekarang mak dia pun tak pernah marah dia macam tu .sabau jelah bila doniya  sedang berebut kuasa, harta dan pangkat macam tulah jadinya. Kita yang tak punya apa-apa ni  nak buat macam mana,mungkin sipolan yang gila kuasa harta dan pangkat tu ingat bila dia mati  nanti  semua  kuasa, harta dan pangkat dia tu boleh dibawa sekali kedalam kubur.Aku tabah je bila dengar dia marah budak lelaki  tu, nasib baiklah  ko tak marah bini ganster .................sambung sendiri


oh aku hampir terlupa nak bagi ucapan kat mak aku "Mak ,  selamat hari ibu mak , semoga mak tenang disana ye"  : )


Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina