Maaflah jika tajuk aku hari ni mengundang pelbagai spekulasi dan tanda tanya. Biarlah aku melayan perasaan aku sendiri , mungkin sekarang ni mood nak cakap pasal perasaan .Benarlah kata pepatah berat mata memandang berat lagi bahu memikul biarlah tangan ini mencincang bahu ini juga yang memikul. Luka boleh sembuh tapi parutnya tetap ada , nak hilangkan parut kena ambik masa yang lama, ye dak. Kalau rajin gosok parut tu dengan kulit pisang atau sapu ngan buih daripada kayu api misalnya kayu getah, InsyaAllah parut tu akan hilang. Itu Parut di anggota badan InsyaAllah boleh hilang macam mana plak ngan parut kat hati? Abaikan kemerepekkan aku , ni sekadar luahan hati seorang perindu. Tak pe biar aku je yang tahu.
Berbalik pada cite kenduri, hujung minggu kitorang bertiga kenduri ikan , almaklumlah suami aku baru balik dari laut Alhamdulillah adalah rezeki dari Allah SWT : )
Ikan ngan kicap yang tak berapa pedas untuk Firdaus
Firdaus tengah asyik makan ikan tak pandang dah orang sekeliling.
Aku adalah pemakan ikan tegar: )
Ikan Aruan Tasik - suami punya aku bedal sikit
kicap cili sebagai pencicah ikan bakar
Lauk tambahan ikan sambal baki lauk hari sabtu aku kasi perhangat.
Kacang panjang rupa buruk tapi rasa sedap dan manis
Yes aku bakar guna oven sebelum ni aku bakar atas dapur gas. Puas hati aku dapat memuaskan nafsu amarah aku terhadap bil api yang semakin melambung tinggi.Tak sangka kitaorang bertiga boleh makan sampai 9 ekor ikan bakar, kan aku dah kata kitaorang pemakan ikan tegar : )
Okey ye kengkawan semua cukup sampai disini je, izinkan aku mengundur diri InsyaAllah kita jumpa lagi dilain hari dan waktu
Sekadar luahan hati seorang sepupu kepada sepupu
Aku tahu ko baca blog ku, jadi aku balas sms ko kat sini jelah.Maafkan aku kerana mengambil masa yang agak lama nak membalas sms kau. Aku dah baca sms kau dan aku faham. Aku pun merindui mu sepertimana kau merindui aku. Bukan aku tak sudi meneruskan percintaan kita , ko sendiri tahu selagi mak kau masih hidup selagi itulah percintaan kita terhalang , aku tak naklah kerana percintaan kita hubungan kau ngan keluarga kau dingin tak pun berpecah belah. Mungkin cinta kita akan kembali bersemi selepas mak kau tiada lagi kat muka bumi ni, InsyaAllah, opsss kau jangan salah sangka plak bukan niat aku nak doakan mak kau mati cepat tapi itu jalan paling selamat kalau kita nak meneruskan percintaan kita.Aku harap kau tak kecil hati ye ngan kata-kata aku ni. Sebelum aku mengakhiri kata-kata aku ni, kirim salam ngan anak-anak kau , aku doakan kau sentiasa berbahagia ngan keluarga kau . I miss u so much.